KARACHI: Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam konfrontasi antara pihak polis dan penunjuk perasaan di luar Konsulat Amerika Syarikat (AS) di sini, pada Ahad.
Kejadian berlaku apabila kumpulan penunjuk perasaan bertindak merempuh masuk ke dalam bangunan konsulat itu bagi membantah pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan rasmi.
Advertisement
Pakar bedah polis, Dr. Summaiya Syed memberitahu Anadolu bahawa enam mayat dengan kesan tembakan telah dibawa ke Hospital Sivil.
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang berarak menuju ke perwakilan diplomatik AS di daerah selatan bandar raya itu.
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan puluhan penunjuk perasaan berjaya memasuki pekarangan konsulat dan memecahkan tingkap di bahagian kaunter penerimaan tetamu.
Pertempuran antara kedua-dua pihak dilaporkan masih berlarutan sehingga berita ini ditulis.
Sementara itu, Ketua Yayasan Edhi, Faisal Edhi memaklumkan bahawa seramai lapan orang terbunuh manakala 30 lagi mengalami kecederaan dalam insiden itu.
-- BERNAMA-ANADOLU