awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ke ah long, peminjam tidak berlesen, GajiNow Financing sedia membantu

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2021
10:04 MYT
Jangan ke ah long, peminjam tidak berlesen, GajiNow Financing sedia membantu
Pembiayaan patuh syariah itu ditawarkan syarikat teknologi kewangan digital, Orpheus Capital Sdn Bhd dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd. - Sumber foto Orpheus
KUALA LUMPUR: Individu atau syarikat yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 kini boleh mendapatkan bantuan pembiayaan singkat 'GajiNow Financing'.
Pembiayaan patuh syariah itu ditawarkan syarikat teknologi kewangan digital, Orpheus Capital Sdn Bhd dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd.
Perkhidmatan itu antara lain bertujuan mengelakkan individu mendapatkan perkhidmatan peminjam wang tidak berlesan atau ah long.
Pengasas Bersama Orpheus, Hamudi A Khalid berkata syarikat itu bersimpati dengan perniagaan dan individu yang menerima kesan negatif dari kesan wabak tersebut.
Pada masa sama, beliau akui bahawa ramai individu yang terpaksa mencari cara lain hanya untuk menampung perbelanjaan mereka selama sebulan walaupun setelah menerima gaji mereka.
"Menjadi tujuan kami untuk terus menyumbang ke arah pertumbuhan negara dengan memastikan PKS dan individu yang bergaji mempunyai akses cepat ke pembiayaan aliran tunai dengan kos yang berpatutan.
"Pembiayaan GajiNow adalah salah satu daripada banyak usaha yang kami laksanakan untuk menjadi pemangkin dalam mempromosikan penyertaan dan kejayaan PKS termasuk individu dalam suasana ekonomi sekarang.
"Kami memahami sepenuhnya bahawa proses pembiayaan tradisional boleh membosankan, memakan masa dan mahal.
"Dengan kepakaran dan sokongan teknologi Huawei, kami dapat menyediakan platform pembiayaan digital sepenuhnya yang memendekkan tempoh proses dan kelulusan permohonan menjadi kurang dari 5 minit, menjadikan pembiayaan lebih mudah daripada sebelumnya," memetik kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan merakamkan penghargaan dan sokongan kepada salah satu rakan usahasama terbaharunya kerana memperkenalkan ruang teknologi kewangan.
"Kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Orpheus, salah satu syarikat fintech patuh syariah digital yang dinamik.
"Huawei berbesar hati memberi sokongan teknologi yang diperlukan Orpheus, pada masa sama membantu mereka dalam memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan rangkaian produk mereka termasuk pengenalan amalan terbaik dalam beberapa bidang utama seperti pengumpulan data automatik, pengurangan penipuan, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dan beberapa lagi," katanya.
Layari laman web www.orpheuscapital.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut membantu meningkatkan pengurusan aliran tunai anda.
Topic Berkaitan
#bantuan aliran tunai
#Orpheus Capital
#Huawei Technologies
#impak COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan