Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan kerajaan negeri Johor bagi memperhalusi dan memperinci titah cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mengusulkan penubuhan Bank of Johor di negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata menerusi jawatankuasa itu, kajian mengenai pelaksanaannya akan dilakukan selain mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melantik penasihat kewangan yang pakar.
"Kerajaan negeri berasa bertuah kerana Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpandangan jauh dan sentiasa memikirkan masa depan negeri serta rakyat.
"Oleh itu, kerajaan negeri akan memperhalusi secara serius titah Sultan Johor yang mengusulkan penubuhan Bank of Johor," katanya pada sesi ucapan penggulungan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-13 di Iskandar Puteri di sini, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, dalam usaha meneliti cadangan baik tersebut, kerajaan negeri perlu mengambil kira pelbagai faktor.
“Dalam meneliti cadangan baik ini, kerajaan negeri perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya matlamat dan keberkesanan sesuatu model yang ingin digunakan, daya saing dan sumber kepakaran yang diperlukan serta kemampuan kita memenuhi syarat dan peraturan ketat yang ditetapkan BNM dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,” katanya lagi.
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri akan bersikap terbuka dalam melihat model dan struktur terbaik untuk digunakan sekiranya cadangan itu dilaksanakan.
Ia termasuk mempertimbangkan pelbagai konsep sama ada sebagai ia nanti berbentuk sebuah bank pembangunan, bank perdagangan, bank komuniti, bank Islam atau bank koperasi.
Sultan Iskandar pada 14 April lalu, mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri atau “Bank of Johor” ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13.
Ia bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat pinjaman perumahan ekoran masih ramai rakyat yang tidak dapat memiliki rumah walaupun kerajaan negeri dan Persekutuan membina banyak rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.
Astro Awani
Sun Apr 24 2016
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, dalam usaha meneliti cadangan baik tersebut, kerajaan negeri perlu mengambil kira pelbagai faktor. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Jawatankuasa khas ditubuh bagi perhalusi cadangan penubuhan Bank of Johor - Khaled
Menerusi jawatankuasa itu, kajian mengenai pelaksanaannya akan dilakukan selain mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melantik penasihat kewangan yang pakar.
'Bank of Johor': Tingkatkan juga usaha sediakan bantuan kewangan PKS - SME Corp
Inisiatif seperti cadangan Bank of Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, harus ditingkatkan.
Bank of Johor: TMJ, netizen sambut baik cadangan Sultan Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim harap Bank of Johor bantu rakyat dari aspek pinjaman perumahan, simpanan, dan pelaburan.
Sultan Johor cadang tubuh 'Bank of Johor' mudahkan rakyat buat pinjaman perumahan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan bank sendiri atau "Bank of Johor".