BISNES
Jiwa SME 2025: Sokongan digital Unifi Business jadi pemacu kejayaan usahawan tempatan

(Dari kiri) Al Amin Hazimi, Dr Mohamad Yusman Ammeran, Tengku Noor Shuhada, dan Rosnani Seman bergambar selepas selesai sesi perkongsian di Pentas Niaga sempena Jiwa SME 2025 Kelantan. - Gambar Unifi Business
KOTA BHARU: Jelajah Jiwa SME 2025 edisi Kelantan menjadi saksi bagaimana semangat keusahawanan tempatan diperkasa menerusi adaptasi teknologi digital, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pemain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk bersaing secara mampan.
Menurut Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran, program itu turut menjadi platform penting untuk membantu PMKS mengenali potensi teknologi digital dalam memperkukuh operasi perniagaan mereka.
“Unifi Business sebagai rakan digital pilihan PMKS bekerjasama dengan Astro AWANI dalam program Jelajah Jiwa SME, membuka ruang untuk memperlihatkan bagaimana teknologi digital mampu menjadi pemangkin kejayaan perniagaan PMKS tempatan,” katanya.
Beliau turut menyorot kejayaan pelanggan seperti Nasken Coffee yang kini menjalankan operasi sepenuhnya berasaskan teknologi digital, selain memperkenalkan inisiatif ImpakBIZ sebagai nilai tambah dalam memperkasa perjalanan digital usahawan.“Di tengah persaingan sengit, internet stabil, sokongan 24 jam dan solusi pemasaran digital menjadi nadi utama yang memastikan perniagaan di Kota Bharu terus berdaya saing,” tambahnya.
Antara yang menerima manfaat secara langsung ialah Nasken Coffee, yang menggunakan pelbagai solusi Unifi Business bagi menyokong operasi harian.
Menurut Ketua Pemasarannya, Al Amin Hazimi, akses internet stabil menjadi asas kepada pemasaran, jualan dan operasi fizikal mereka.
“Contohnya macam marketing, kena ada nadi tu dulu. Nadi Unifi, baru boleh buat marketing. Dan untuk sales pun benda yang sama.
“Dan operation, contohnya macam kita nak tengok CCTV dekat kedai, memerlukan WiFi juga, memerlukan Unifi.
“Dan apa yang best Unifi ni, dia ada support team dia, memang 24 jam dia cover. Kita cakap, dia terus settle. Jadi benda tu memang sangat membantu Nasken Coffee,” katanya.
Bagi pengusaha salun dan spa, Rosnani Seman dari Nanie Beauty Saloon & Spa, kelebihan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business pula bukan sahaja menjimatkan kos, malah meningkatkan kehadiran jenama dalam talian.
“Unifi Business bantu saya jimat lebih RM2,000! Perniagaan jadi lebih teratur kerana kerja copywriting, suntingan video dan gambar kini diuruskan sepenuhnya oleh team DMS,” jelasnya.
Pengasas Aada Beauty, Tengku Noor Shuhada, turut berkongsi bagaimana bantuan pemasaran oleh Unifi Business melonjakkan jualan mereka meskipun kekangan tenaga kerja.
“Untuk brand baru kami masih baharu dan staf pun terhad, tapi dengan Unifi yang bantu dari segi pemasaran, jualan kami terus meningkat,” katanya.

engarah SRA Global Resources, Siti Rahayu Ahmad diumumkan sebagai pemenang NextUp: Digital Gameplan anjuran Unifi Business sempena Jiwa SME 2025 Kelantan. - Gambar Unifi Business
Unifi Business kekal komited memperkasakan PMKS dengan teknologi digital, membuka peluang tanpa batas dan menjadikan usahawan tempatan tonggak utama ekonomi digital negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami