BISNES
Johor bakal wujudkan 300 peluang pekerjaan menerusi kerjasama NEOJAPAN - MB

Syarikat NEOJAPAN Inc. beroperasi di lima negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, Thailand dan Filipina, dan mempunyai lebih RM5.5 juta pengguna di seluruh dunia. - FB Onn Hafiz Ghazi
KUALA LUMPUR: Johor dijangka mewujudkan kira-kira 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.
Ringkasan AI
- Johor bakal wujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 hasil kerjasama strategik bersama syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc.
- Lebih 1,000 graduan tempatan akan dilatih dalam tempoh lima tahun melalui kerjasama dengan UTM dan MJIIT, sebagai penyedia utama bakat teknologi digital.
- Penubuhan Center of Excellence (COE) di Johor dijangka memperkukuh transformasi teknologi negeri, menjadikan Johor hab digital serantau yang mampan dan inklusif.
Dalam pada itu, lebih 1,000 graduan tempatan akan dilatih dalam tempoh lima tahun, hasil kerjasama dengan fakulti komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology sebagai penyedia utama bakat.
“Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara Johor dan NEOJAPAN Inc. yang sedang memperluaskan operasi di Asia Tenggara melalui penubuhan Center of Excellence (COE) di Johor, bagi memperkukuh ekonomi digital dan transformasi teknologi negeri,” katanya di hantaran laman Facebooknya pada Rabu.
Onn Hafiz menambah, NEOJAPAN Inc. merupakan syarikat teknologi berpangkalan di Yokohama, Jepun yang tersenarai di pasaran utama bursa saham Tokyo dan berpengalaman lebih 32 tahun dalam pembangunan perisian.
Syarikat itu kini jelasnya beroperasi di lima negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, Thailand dan Filipina dan mempunyai lebih RM5.5 juta pengguna di seluruh dunia.
“Saya yakin, kerjasama strategik seperti ini akan memberi kesan positif terhadap kesan pembangunan di negeri Johor.
“Semoga manfaat yang dibawa akan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat, membangunkan bakat tempatan serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan dan inklusif. Insya-Allah,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami