Ringkasan AI
- Ahli fisioterapi Kevin Choo berkongsi kenangan bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang dianggap sangat dihormati dan dikaguminya.
- Kevin telah menjaga pasangan Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sejak dua tahun lalu sebagai sebahagian pasukan perubatan mereka.
- Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di IJN dan dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar sekeping gambar, tetapi kenangan yang akan dibawa sepanjang hayat.
Demikian luahan ahli fisioterapi, Kevin Choo atau nama sebenarnya Choo Zhang Hui, 31, ketika mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menerusi hantaran di Threads semalam, Kevin berkongsi sekeping gambar yang merakam dirinya duduk di sisi Allahyarham ketika hayatnya.
“Lebih daripada sekadar detik yang dirakam, ini adalah kenangan yang akan saya bawa bersama selamanya,” tulisnya.
Kevin berkata, Dr Siti Hasmah merupakan individu yang amat dihormati dan dikaguminya.
Baginya, peluang berada bersama Allahyarham dan menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan hidupnya merupakan satu penghormatan yang akan terus dihargai.
“Ada detik yang menjadi kenangan, dan ada kenangan yang menjadi sebahagian daripada hati untuk selama-lamanya,” tulis Kevin.
Hantaran itu hadir beberapa hari selepas Kevin mencuri perhatian ketika berada di sisi Tun Dr Mahathir Mohamad pada pengebumian isterinya Isnin lalu.
Sebelum ini, media melaporkan Kevin yang bertugas sebagai ahli fisioterapi mula menjaga pasangan itu sejak kira-kira dua tahun lalu.
Menurut Kevin, pada peringkat awal beliau berasa segan dan kekok kerana menyedari kedudukan kedua-duanya sebagai tokoh negara.
Namun, hubungan mereka menjadi semakin selesa selepas melalui rutin fisioterapi bersama, malah Kevin menyifatkan pasangan itu memiliki semangat kuat untuk kekal sihat meskipun sudah berusia.
Pada hari pengebumian, Kevin ditugaskan berada di sisi Dr Mahathir bagi memantau keadaan kesihatannya serta membantu keperluan fizikal bekas perdana menteri itu.
Namun, suasana ketika Dr Mahathir memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya selepas lebih tujuh dekad hidup bersama akhirnya menyentuh emosi Kevin.
Rakaman yang tular menunjukkan Kevin turut menitiskan air mata sambil mengusap belakang Dr Mahathir yang ketika itu berada di atas kerusi roda dan menggunakan bantuan oksigen.
Kevin sebelum ini mengakui cuba kekal profesional dan memberi tumpuan kepada tugas, namun tidak dapat menahan perasaan melihat kesedihan Dr Mahathir.
Beliau turut mengakui pemergian Dr Siti Hasmah memberi kesan mendalam kepadanya selepas beberapa tahun mengenali pasangan itu.
“Beliau bukan sekadar seseorang yang saya jaga sebagai sebahagian daripada tugas,” katanya seperti dilaporkan media.
Kevin merupakan sebahagian daripada pasukan perubatan yang menjaga pasangan itu bersama ketua jururawat K. Divya Barathy dan beberapa petugas kesihatan lain.
Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, Isnin lalu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah Kevin Choo dan apa peranannya dalam kehidupan Tun Dr Siti Hasmah?
A: Kevin Choo ialah seorang ahli fisioterapi yang telah menjaga Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kira-kira dua tahun lalu sebagai sebahagian daripada pasukan perubatan mereka. - Q: Apakah kenangan yang dikongsi oleh Kevin Choo mengenai Tun Dr Siti Hasmah?
A: Kevin Choo berkongsi bahawa peluang berada bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah dan menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan hidupnya merupakan satu penghormatan dan kenangan yang akan dibawa sepanjang hayat. - Q: Bagaimana Kevin Choo terlibat semasa hari pengebumian Tun Dr Siti Hasmah?
A: Pada hari pengebumian, Kevin Choo ditugaskan berada di sisi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memantau kesihatan serta membantu keperluan fizikal beliau, dan turut dilihat menitiskan air mata ketika Dr Mahathir memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya. - Q: Siapakah lagi yang terlibat dalam pasukan perubatan yang menjaga pasangan tersebut?
A: Selain Kevin Choo, pasukan perubatan turut dianggotai oleh ketua jururawat K. Divya Barathy dan beberapa petugas kesihatan lain. - Q: Bilakah dan di mana Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia serta dikebumikan?
A: Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, Isnin lalu, dan jenazahnya dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama.