HULU LANGAT: Di sebalik ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19, syarikat produk kecantikan dan penjagaan kesihatan berasaskan herba, JSD Holdings Sdn Bhd (JSD) bangkit mengatur strategi lebih proaktif dalam memastikan setiap produk keluarannya tidak mengalami lambakan dan kerugian.

Pegawai Pemasaran JSD, Nurul Hidayah Zulkifli berkata, langkah itu diambil susulan pelbagai cabaran dihadapi pihaknya, ditambah pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyukarkan beberapa operasi dijalankan. 

“Antara cabaran kami adalah penghasilan produk tergendala disebabkan oleh bekalan bahan mentah dan botol-botol dari luar negara terputus akibat beberapa kilang ditutup serta sesi coaching secara fizikal tidak dapat dilakukan.

“Oleh itu, syarikat telah menukar strategi dengan tidak mengambil stokis baharu untuk menjaga kualiti stokis sedia ada dengan cara menyediakan pakej-pakej di bawah MASTER LEADER seperti gold, silver dan bronze melalui bimbingan berterusan sehingga produk habis terjual," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hidayah menambah, pihaknya juga sentiasa memikirkan kebajikan pekerja yang terkesan seperti menyediakan keperluan makanan asas dan elaun tambahan.

JSD masih mengekalkan stokis-stokis berpakej sedia ada dan berharap membantu para pengguna kekal sihat dan bertenaga. - Gambar JSD Holdings

Sementara itu, stokis gold JSD, Nur Farahiyah Mhd Taib atau mesra dikenali dengan jolokan ‘Farapink’ berkata, selain membantu lebih ramai individu menambah sumber pendapatan, banyak ilmu baharu diperoleh.

“Sepanjang musim PKP ini, pihak HQ telah menjalankan pelbagai promosi untuk menarik perhatian pengguna setia mahupun mereka yang mahu menggunakan produk JSD. Graf juga menunjukkan peningkatan jualan mencecah enam angka sebulan.

“Kami juga diberikan pendedahan terhadap ilmu perniagaan seperti cara memasarkan produk dengan betul melalui media sosial dan platform e-dagang tersedia,” jelasnya.

Dalam pada itu, JSD juga masih mengekalkan stokis-stokis berpakej sedia ada dan berharap dapat membantu para pengguna kekal sihat ketika pandemik ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, kunjungi media sosial rasmi JSD seperti berikut:

Facebook: JSD MALAYSIA

“MANIS, MANTAP, PENUH RAHSIA”

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.