BUSINESS
Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan TIV 2025 akan mencecah 780,000 unit. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit, selepas mencatat paras tertinggi 816,700 unit tahun lepas.
Ringkasan AI
- Unjuran Penurunan TIV 2025: Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan jumlah jualan industri automotif akan menurun kepada 750,000 unit berbanding 816,700 unit pada 2024.
- Potensi Kenaikan & Faktor Penyumbang: Walaupun dijangka menurun, pelancaran model baharu serta strategi pemasaran agresif oleh pengeluar dijangka dapat menyokong jualan.
- Faktor Cukai & Permintaan Semasa: Perubahan cukai eksais pada Januari 2026 berpotensi meningkatkan harga kenderaan sebanyak 10-30%, mempengaruhi permintaan tahun ini.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan TIV 2025 akan mencecah 780,000 unit.
Pada Isnin, MAA berkata TIV susut sebanyak 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April lepas berbanding Mac, terutamanya disebabkan kekurangan hari bekerja ketika cuti Aidilfitri.
Ini menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini kepada 248,730 unit atau susut 5.4 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan angka unjurannya bagi TIV 2025 sebanyak 792,000 yang seiring dengan unjuran MAA sebanyak 780,000 unit apabila kesan asas tinggi mulai ketara.
"Susulan perubahan cukai eksais untuk kenderaan pemasangan tempatan kini dijadual berkuatkuasa pada Januari 2026 dan berpotensi menyebabkan kenaikan harga kereta 10-30 peratus, ini akan memberi kesan ke atas permintaan pada tahun ini," katanya.
MIDF juga menjangkakan TIV bagi Mei akan meningkat bulan ke bulan, disokong oleh permintaan ketara dari Malaysia Timur menjelang perayaan Kaamatan dan Gawai selain faktor jumlah hari bekerja yang lebih banyak.
Prospek itu turut disokong oleh minat berterusan terhadap model-model baharu yang diperkenalkan pada awal tahun ini, katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami