awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kereta di Indonesia dijangka melebihi 800,000 unit pada 2025

Bernama
Bernama
26/07/2025
01:30 MYT
Jualan kereta di Indonesia dijangka melebihi 800,000 unit pada 2025
Walaupun permintaan tempatan perlahan, Nangoi (tiga, kanan) menegaskan industri automotif kekal berdaya tahan, dengan pertumbuhan eksport memainkan peranan semakin penting. - Foto GIIAS
JAKARTA: Persatuan Industri Automotif Indonesia (GAIKINDO) menjangkakan jualan kereta di negara itu akan melepasi 800,000 unit tahun ini, menurut Pengerusinya, Yohannes Nangoi pada Jumaat, lapor Xinhua.
Berucap pada Pameran Auto Antarabangsa Indonesia anjuran GAIKINDO, Nangoi mengakui bahawa pasaran jualan domestik masih berdepan cabaran.
Namun beliau tetap optimis bahawa penurunan tahun ini tidak akan seteruk tahun lalu.
"Jualan dalam negara menurun. Tetapi saya masih berharap dapat mencapai 800,000 unit," katanya.
Menurut data GAIKINDO, jumlah pengedaran kereta secara borong - iaitu kenderaan baharu yang dihantar dari kilang ke pengedar - telah mencapai 374,740 unit bagi separuh pertama tahun ini.
Walaupun permintaan tempatan perlahan, Nangoi menegaskan bahawa industri automotif kekal berdaya tahan, dengan pertumbuhan eksport memainkan peranan yang semakin penting dalam menyokong sektor itu sepanjang tahun ini.
Beliau menambah bahawa sokongan dasar berterusan, rangsangan kerajaan dan usaha meneroka pasaran baharu dijangka dapat meningkatkan daya saing kenderaan buatan Indonesia.
"Dalam perniagaan, turun naik adalah lumrah. Tetapi kami percaya industri ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi masa sukar dan akan bangkit dengan lebih kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jualan kereta
#Indonesia
#GAIKINDO
#Yohannes Nangoi
#Pameran Auto Antarabangsa Indonesia
#industri automotif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan