awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”

Gempak
Gempak
02/02/2026
21:45 MYT
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Kata Meerqeen, sekiranya berjaya membawa pulang kemenangan, dia berhasrat untuk meraikannya bersama peminat. - Foto Gempak
Pelakon, Meerqeen tercalon dalam dua kategori di anugerah Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025) iaitu Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi lakonannya dalam Thariq Ridzuwan.

Ringkasan AI
  • Meerqeen tercalon dalam dua kategori di Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025) iaitu Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi lakonannya dalam Thariq Ridzuwan.
  • Meerqeen tidak menetapkan harapan tinggi untuk menang anugerah tersebut tetapi lebih menghargai proses dan sokongan peminat yang diterimanya.
  • GMWA2025 kali ini membawa format baharu dengan 50% undian peminat dan 50% undian daripada juri profesional, tanpa fasa undian berbeza, dan calon Top 10 akan bertanding sehingga Malam Kemuncak.

Meerqeen ketika ditemui Gempak menganggap pencalonan itu sebagai satu penghargaan buat dirinya.
Bagaimanapun kata Meerqeen, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana lebih menghargai proses dan sokongan yang diterima daripada peminat.
“Bagi saya bila saya tercalon dalam apa apa anugerah sekali pun itu adalah penghargaan untuk saya tapi semua orang kenal saya.
“Saya memang tak mengharapkan apa-apa, saya tahu benda itu adalah satu penghargaan tapi bagi saya kalau menang itu rezeki,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas lanjut mengenai sokongan peminat, Meerqeen turut meluahkan rasa terharu apabila menerima undian bukan sahaja dari Malaysia, malah dari luar negara.
Kata Meerqeen lagi, sekiranya berjaya membawa pulang kemenangan, dia berhasrat untuk meraikannya bersama peminat.
“Tak kisah menang atau tidak, sebab saya rasa yang mengundi saya pun ada yang bukan daripada Malaysia juga.
“Ada yang dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia terutamanya.
“Sudah tentu kita akan cuba yang terbaik untuk buat meet and greet dan makan-makan bersama,” katanya.
Gempak Most Wanted Awards 2025 dijangka berlangsung dengan penuh kemeriahan dan persaingan sengit, sekali gus menjadi pentas penghargaan buat selebriti pilihan rakyat.
Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.
Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.
Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.
Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari. - Gempak
Topic Berkaitan
#GMWA2025
#satu penghargaan
#meet and greet
#persaingan sengit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan