KUALA LUMPUR: Jualan Proton Holdings Bhd (Proton) melepasi 100,000 unit, dengan 13,955 unit dicatatkan pada Ogos 2023, menjadikan jumlah jualan sejak awal tahun sehingga kini (YTD) kepada 104,602 unit.
Jumlah itu (104,602 unit), menyaksikan peningkatan 19.6 peratus atau 17,121 unit berbanding jumlah dicatatkan untuk lapan bulan pertama tahun lepas, kata syarikat pengeluar kereta nasional itu.
"Dengan jumlah volum industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 74,200 unit, pegangan pasaran Proton diunjur pada 18.8 peratus untuk bulan Ogos, dengan angka pegangan pasaran YTD sebanyak 20.8 peratus.
"Pertumbuhan volum syarikat bagaimanapun kekal mendahului TIV, yang kini dianggarkan sebanyak 12.2 peratus untuk 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata pertumbuhan jualan syarikat boleh dikaitkan kepada usaha syarikat berkenaan menumpukan perhatian untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi serta pengalaman premium yang diberikan oleh 154 pengedar 3S/4S dalam rangkaiannya yang telah memberikan kesan positif kepada pelanggan.
"Pada masa hadapan, usaha ke arah produk dan perkhidmatan yang lebih baik ini akan diteruskan. Ia dirangsangkan lagi oleh pengumuman baru-baru ini iaitu Proton Test Labs menerima akreditasi ISO 17025 serta kemasukan syarikat ke dalam ruang kenderaan elektrik (EV) dengan smart Malaysia," katanya.
Proton berkata Proton Saga adalah model paling laris pada bulan Ogos, mencapai angka bulanan tertinggi bagi tahun 2023 dengan 6,585 unit dijual, menempatkannya di tempat kedua jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia untuk bulan ketiga berturut-turut.
"Bagi lapan bulan pertama, sebanyak 45,836 unit telah diserahkan, meningkat 34.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022," katanya.
Menurutnya, edisi terbaru Proton X90 mendahului jualan bulanan dan YTD untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D dengan jualan 719 unit pada bulan Ogos dan jumlah terkumpul sebanyak 2,944 unit setakat ini, walaupun hanya tiga bulan penuh sejak permulaan jualannya..
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Edisi terbaru Proton X90 mendahului jualan bulanan dan YTD untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D dengan jualan 719 unit pada bulan Ogos. - Foto Bernama
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton kekal momentum jualan kukuh pada November
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November.
Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.