KUALA LUMPUR: Jumlah pelaburan langsung ke luar negara (DIA) syarikat Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM602.1 bilion pada 2022 berbanding RM547.0 bilion pada tahun sebelumnya.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) yang memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkata DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion)
Bagi tahun 2021, pelaburan langsung ke luar negara mencatatkan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM109.4 bilion diikuti Indonesia (RM51.6 bilion) dan United Kingdom (RM35.2 bilion).
"Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM374.1 bilion dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion diikuti sektor perlombongan sebanyak RM65.2 bilion pada tahun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM76.0 bilion.
"Sektor perkilangan pula mencatatkan sebanyak RM53.7 bilion pada tahun 2021 dan turut meningkat sebanyak 10.8 peratus pada 2022 kepada RM59.5 bilion," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu kedudukan pelaburan negara di luar negeri dan jumlah pelaburan bagi 2021 dan 2022.
Aliran keluar DIA yang meningkat terutamanya dalam aktiviti kewangan, perlombongan, perkilangan, dan pertanian menunjukkan daya saing yang tinggi syarikat Malaysia untuk berkembang dan bersaing serta mengambil bahagian dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global, kata MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
MITI berkata DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion). - Gambar fail
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Hubungan China-Malaysia kekalkan momentum kukuh - Duta China Ouyang
Momentum kukuh dalam hubungan China-Malaysia akan berterusan di saat kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif mereka tahun ini.
Khazanah bakal wujud platform baharu untuk tarik lebih banyak pelaburan - PM
Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bakal mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam atau luar negara.
Jumlah pelaburan langsung ke luar negara meningkat kepada RM602.1 bilion pada 2022 - MITI
Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi adalah sektor perkhidmatan dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion.
Malaysia catat pelaburan diluluskan RM42.8 bilion antara Jan-Mac 2022 - MIDA
Malaysia telah menarik sejumlah RM42.8 bilion (AS$10.2 bilion) untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, melibatkan 910 projek antara Januari dan Mac 2022.