awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta rempuh kereta api, dua maut di barat daya Poland

Bernama
Bernama
22/12/2025
03:30 MYT
Kereta rempuh kereta api, dua maut di barat daya Poland
Punca kemalangan masih dalam siasatan, termasuk analisis rakaman bagi menentukan sama ada palang keselamatan telah diturunkan ketika kejadian. - Foto X/ZET
WARSAW: Dua orang maut pada Ahad selepas sebuah kereta bertembung dengan kereta api di Ziebice, barat daya Poland, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Kemalangan berlaku di lintasan kereta api di Jalan Wilayah No. 385 apabila sebuah kereta memasuki laluan kereta api yang dilengkapi palang keselamatan.
Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta berkenaan.
Tiada penumpang kereta api dilaporkan cedera, menurut Agensi Akhbar Poland (PAP).
Polis memaklumkan Jalan Wilayah No. 385 dibuka semula kepada lalu lintas.
Perkhidmatan kereta api di laluan berkenaan digantung sementara siasatan dijalankan, dengan pengangkutan alternatif disediakan.
Punca kemalangan masih dalam siasatan, termasuk analisis rakaman bagi menentukan sama ada palang keselamatan telah diturunkan ketika kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#kereta
#kereta api
#lintasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan