KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua angka 27.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2022 untuk mencapai nilai tertinggi baharu RM236.6 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Nilai eksport dan import pada Mac sekali lagi memecahkan rekod tertinggi baharu, masing-masing pada RM131.6 bilion dan RM104.9 bilion.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata import Malaysia melepasi paras RM100 bilion buat kali pertama, sejajar dengan lonjakan bagi barangan perantaraan, menandakan aktiviti ekonomi domestik yang lebih baik.
Beliau berkata lebihan dagangan meningkat 10.3 peratus daripada RM24.2 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM26.7 bilion, sekali gus menjadi lebihan dagangan untuk bulan ke-23 berturut-turut sejak Mei 2020.
"Eksport Malaysia meningkat 25.4 peratus daripada RM105.0 bilion kepada RM131.6 bilion, melepasi paras RM100 bilion untuk bulan ketujuh berturut-turut sejak September 2021.
"Pertumbuhan eksport pada Mac 2022 disokong oleh kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. Eksport domestik bernilai RM106.9 bilion, menyumbang 81.2 peratus kepada jumlah eksport, meningkat kukuh 22.8 peratus tahun ke tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata eksport semula berjumlah RM24.7 bilion berkembang 38.0 peratus berbanding Mac 2021.
Mohd Uzir berkata, seiring dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan pertumbuhan kukuh 29.9 peratus daripada RM80.8 bilion kepada RM104.9 bilion.
"Berbanding Februari 2022, prestasi jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan menunjukkan peningkatan masing-masing iaitu 28.1 peratus, 28.7 peratus, 27.3 peratus dan 34.8 peratus.
"Pertumbuhan tahunan yang sangat ketara dalam eksport digambarkan melalui 166 daripada 255 kumpulan barangan, menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dipacu oleh injap dan tiub termionik. Bagi import, 186 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif," katanya.
Mohd Uzir berkata peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura (+RM5.1 bilion), diikuti Jepun (+RM2.1 bilion), Korea (+RM1.8 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.8 bilion), China (+RM1.7 bilion), Taiwan (+RM1.4 bilion), Thailand (+RM1.4 bilion), Indonesia (+RM1.4 bilion) dan Amerika Syarikat (AS) (+RM1.3 bilion).
Sementara itu, China kembali menjadi penyumbang utama kepada peningkatan import, meningkat RM3.4 bilion, diikuti Arab Saudi (+RM2.9 bilion), Taiwan (+RM2.8 bilion), Indonesia (+RM2.5 bilion), Singapura (+RM2.3 bilion), AS (+RM1.4 bilion) dan Thailand (+RM1.2 bilion).
Mohd Uzir berkata peningkatan eksport itu didorong oleh barangan elektrik dan elektronik (+RM13.0 bilion); keluaran petroleum (+RM4.6 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM3.1 bilion); gas asli cecair (+RM2.5 bilion); petroleum mentah (+RM1.6 bilion) dan barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.1 bilion).
Sementara itu, kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM7.1 bilion); petroleum mentah (+RM6.1 bilion); keluaran petroleum (+RM3.0 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.2 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM1.6 bilion); biji logam dan serpihan logam (+RM1.2 bilion) dan arang batu (+RM1.2 bilion).
Menurut DOSM, bagi prestasi suku pertama 2022, jumlah dagangan, eksport, import dan lebihan dagangan kekal kukuh dengan pertumbuhan dua angka.
Jumlah dagangan meningkat 23.6 peratus, disokong oleh perkembangan eksport (+22.2 peratus) serta import (+25.2 peratus).
Pada masa yang sama, lebihan dagangan mencatatkan nilai yang lebih tinggi pada RM65.1 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Nilai eksport dan import pada Mac sekali lagi memecahkan rekod tertinggi baharu, masing-masing pada RM131.6 bilion dan RM104.9 bilion.- Gambar fail/BERNAMA
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Jumlah dagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion buat pertama kali pada 2021
Eksport naik 26.1% kepada RM1.2 trilion disumbangkan prestasi memberangsangkan bagi kedua-dua eksport domestik dan eksport semula.
Jumlah perdagangan Malaysia capai nilai tertinggi baharu RM236.6 bilion pada Mac - DOSM
Nilai eksport dan import pada Mac sekali lagi memecahkan rekod tertinggi baharu, masing-masing pada RM131.6 bilion dan RM104.9 bilion.