awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gabungan Liberal–Nasional Australia berpecah susulan pertikaian undang-undang ucapan kebencian
Donnarumma mahu kembali ke Itali
Hong Kong mulakan perbicaraan keselamatan negara terhadap kumpulan penganjur vigil Tiananmen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutaan hilang pekerjaan tetapi NYSE kekal positif... Kenapa?

Shafizan Johari
Shafizan Johari
08/05/2020
23:10 MYT
Jutaan hilang pekerjaan tetapi NYSE kekal positif... Kenapa?
Penanda aras Indeks Perindustrian Dow Jones meningkat 1.91 peratus pada akhir dagangan Jumaat, lantas meneruskan momentum positif yang dicatatkan hari sebelumnya pada 0.89 peratus. - Gambar fail
PENGUMUMAN kadar pengangguran tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) beberapa jam sebelum dagangan saham pada Jumaat tidak sedikitpun menjejaskan prestasi saham New York (NYSE) yang kekal dalam jajaran positif.
Pada Jumaat, AS mencatatkan jumlah pengangguran baharu April pada 20.5 juta, menjadikan jumlah pengangguran keseluruhan 14.7 peratus, jumlah terbesar dalam sejarah AS.
Bagaimanapun, pasaran saham memberikan respons berbeza.
Penanda aras Indeks Perindustrian Dow Jones umpamanya, meningkat 1.91 peratus pada akhir dagangan Jumaat, lantas meneruskan momentum positif yang dicatatkan hari sebelumnya pada 0.89 peratus.
Indeks Nasdaq juga meningkat dengan masing-masing mencatatkan 1.58 peratus dan 1.41 peratus kenaikan pada Jumaat dan Khamis.
Berikut merupakan rangkuman analisis yang mungkin dapat memberi pencerahan kepada keupayaan NYSE untuk terus didagangkan positif.
1. Pembukaan semula ekonomi AS
Ketua Pegawai Pelaburan Bleakley Advisory Group berkata data pengangguran yang diumumkan pada Jumaat beberapa jam sebelum dagangan saham dibuka tidak menjejaskan prestasi saham.
Ini kerana beliau percaya kejatuhan merudum peratusan pengangguran itu hanya sementara dan ia akan pulih apabila ekonomi dibuka semula kelak.
Malah langkah beberapa negeri di Amerika seperti Florida dan California yang sudah pun menggerakkan semula ekonominya dilihat positif oleh pasaran.
"Pasaran menjangkakan golongan pekerja ini akan mendapat semula pekerjaan mereka dalam tempoh beberapa bulan dan suku tahunan," jelas Peter Boockvar kepada portal CNBC.
2. Prestasi positif syarikat bukan penerbangan dan pelancongan
Kejatuhan pasaran saham terutamanya dalam sektor perhotelan dan penerbangan memang sudah dijangka.
Tetapi, masih ada banyak syarikat yang merekodkan kenaikan sepanjang wabak melanda.
Prestasi saham teknologi seperti yang diapungkan di Nasdaq umpamanya, berada di jajaran positif ketika awal dagangan Jumaat apabila kaunter Netflix dan Amazon mencatatkan peningkatan.
3. Pakej rangsangan
Dalam satu laporan, strategis dari JPMorgan, Marko Kolanovic menyatakan tahap optimisme beliau terhadap pakej rangsangan AS$2 trilion yang diumumkan White House baru-baru ini.
Beliau juga yakin, respons global ke atas kesan ekonomi akibat pandemik ini berupaya membantu dalam usaha pemulihan ekonomi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#California
#ekonomi
#hilang
#New York
#pakej rangsangan
#pelaburan
#pelancongan
#pemulihan
#penerbangan
#saham
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan