Skip to main content
Advertisement

Bisnes

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

81625550980_BNM.jpg
Bank pusat itu turut menyemak tender murabahah semalaman kepada RM30.6 bilion daripada RM28.3 bilion. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM33.8 bilion daripada RM35.97 bilion sebelum ini, manakala mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM30.6 bilion daripada RM27.39 bilion pada pagi ini.

Terdahulu, BNM menjalankan dua tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula).

Bank pusat itu turut menyemak tender murabahah semalaman kepada RM30.6 bilion daripada RM28.3 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM33.8 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM30.6 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 22 Sept, 2026.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement