KUALA LUMPUR: Kadar dasar faedah di Amerika Syarikat (AS), Zon Eropah dan United Kingdom (UK) kini berkemungkinan mencapai capai paras tertinggi untuk kitaran pengetatan ini, selepas ia kekal sejak suku ketiga 2023, kata Fitch Ratings.
Ia menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed), European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BOE) melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada yang dijangkakan oleh pasaran kewangan.
"Kami menjangkakan kadar dasar akan turun sebanyak 75 mata asas menjelang hujung 2024 di tiga ekonomi itu, dengan kadar Dana Fed (aras tinggi) pada 4.75 peratus, Kadar Pembiayaan Semula Utama ECB kepada 3.75 peratus dan Kadar Bank BOE kepada 4.5 peratus," kata agensi penarafan kredit itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata bank pusat utama menetapkan kadar dasar tidak berubah dalam beberapa bulan ini dan kadar inflasi keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) turun dengan agak cepat, berikutan dasar pengetatan monetari sebelum ini menyebabkan aliran kredit isi rumah dan korporat menjadi lebih perlahan.
Fitch Ratings juga menyatakan bahawa pertumbuhan hutang isi rumah AS (kadar tahunan pelarasan bermusim) turun pada suku ketiga 2023 kepada 2.5 peratus dan pertumbuhan hutang korporat bukan kewangan perlahan kepada hanya 1.5 peratus, jauh lebih rendah berbanding kadar pada akhir 2022.
"Penurunan dalam pertumbuhan kredit lebih ketara di Zon Eropah, dengan kadar pertumbuhan kredit isi rumah dan korporat turun ke paras terendah yang dilihat dalam beberapa tahun.
"Pinjaman kepada korporat bukan kewangan menguncup pada Oktober sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun, penguncupan langsung pertama sejak Julai 2015. UK, Switzerland dan Kanada juga menyaksikan pertumbuhan kredit yang sangat perlahan," katanya.
Dalam pada itu, ia berkata inflasi keseluruhan IHP terus menurun dalam kalangan majoriti ekonomi Fitch20, dengan beberapa pengecualian ketara, termasuk Rusia dan Turkiye.
Agensi itu turut mengesan kelembapan dalam perdagangan antarabangsa, dengan jumlah eksport dan import yang menguncup dalam beberapa bulan kebelakangan ini di negara termasuk AS, Zon Eropah, Jepun dan UK.
Pertumbuhan jumlah eksport China juga kekal lemah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Fitch Ratings juga menyatakan bahawa pertumbuhan hutang isi rumah AS turun pada suku ketiga 2023 kepada 2.5 peratus dan pertumbuhan hutang korporat bukan kewangan perlahan kepada hanya 1.5 peratus, jauh lebih rendah berbanding kadar pada akhir 2022.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan
Ia menjangkakan Fed AS, ECB dan Bank of England melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada jangkaan pasaran.
Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.
Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Menurutnya, Malaysia mempunyai prospek untuk pertumbuhan jangka sederhana yang meluas dan kukuh, disokong lebihan akaun semasa dan asas eksport yang pelbagai.
Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.
Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas
Petronas menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.
Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.
Penarafan Fitch Ratings kembali positif jika pemulihan ekonomi berjaya
Jika kesemua dasar fiskal dan monetari berada di landasan tepat, penarafan serta tinjauan oleh firma penarafan akan kembali positif.
Fitch semak turun penarafan Malaysia, unjuran stabil
Semakan turun berkenaan dibuat berdasarkan krisis COVID-19 menjejaskan beberapa metrik kredit utama Malaysia.