Skip to main content

Malaysia

Polis rakam keterangan Tony Pua isu titah diraja, Rukun Negara

KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Bekas Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.  --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, Tony Pua (foto) dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua pada Khamis berhubung hantaran di media sosial berkaitan titah diraja dan Rukun Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, Tony Pua dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis menerima sebanyak 77 laporan berkaitan isu berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya hadir ke Dataran Selangor sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membaca Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi diraja.

Susulan titah itu, Tony Pua menerusi satu hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kuasa Raja tertakluk kepada fungsi tertentu termasuk berkaitan adat Melayu, Islam serta urusan Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
 

Must Watch Video

Advertisement