awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus, galak permintaan domestik

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
07:02 MYT
Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus, galak permintaan domestik
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini.
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
"MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan," memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Malah, BNM memaklumkan, MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan.
ni adalah kali kedua MPC memutuskan untuk tidak menaikkan OPR selepas mesyuarat pada 19 Januari lalu turut mengambil keputusan yang sama.
Pada 2022, MPC telah menaikkan OPR sebanyak empat kali dengan 0.25 mata asas bagi setiap kenaikan.
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan keputusan mengekalkan kadar tersebut adalah positif.
"Pengekalan seharusnya positif kerana dasar monetari yang akomodatif akan bersifat menyokong pertumbuhan disebabkan kos pembiayaan yang kekal rendah.
"Seharusnya ia akan menggalakkan permintaan domestik," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#kadar dasar semalaman
#Jawatankuasa Dasar Monetari
#dasar monetari kekal akomodatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan