Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata kadar Dasar Semalaman Malaysia (OPR) pada 3.25 peratus adalah sangat akomodatif.
Justeru tidak ada keperluan untuk melanjutkan kadar faedah yang lebih rendah.
Menurut Dr Zeti, biarpun Bank Negara akan mengkaji semula kadar itu dari masa ke semasa, namun ketika ini, langkah itu tidak perlu berikutan perkembangan kredit semasa yang mampan.
"Ketika ini dasar monetari kita sangat akomodatif pada 3.25 peratus di mana kita dapat melihat perkembangan kredit yang signifikan bukan sahaja kepada isi rumah tetapi juga perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS)."
"Jumlah kredit yang mengalir ke dalam PKS juga akan terus berkembang dan dana akan ditingkatkan dalam pasaran bon dan sukuk. Ini semua adalah perkembangan yang positif," kata Dr Zeti pada sesi dialog selepas majlis perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Putrajaya.
Dalam pada itu, Dr Zeti memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pengaliran keluar dana secara besar-besaran dari Malaysia.
Biarpun berlaku penyusutan ringgit, lebihan akaun semasa Malaysia adalah sihat manakala pelaburan langsung asing juga terus mengalir masuk ke dalam negara.
"Baki akaun semasa negara mencatatkan surplus dan kami menjangka ia akan kekal berlebihan. Biarpun surplus yang kecil, ia masih kekal positif." katanya.
Tan Su Lin
Tue Jan 20 2015
ZETI: Ketika ini dasar monetari kita sangat akomodatif pada 3.25 peratus.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Kadar OPR negara sangat akomodatif - Zeti
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata kadar Dasar Semalaman Malaysia (OPR) pada 3.25 peratus adalah sangat akomodatif.