awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian: Majikan unjur gaji Malaysia naik 5.7 peratus pada 2014

Bernama
Bernama
13/11/2013
10:08 MYT
Kajian: Majikan unjur gaji Malaysia naik 5.7 peratus pada 2014
Para majikan mengunjurkan gaji pekerja di Malaysia naik 5.7% pada 2014, demikian menurut kaji selidik Trend Gaji ECA International.
Keputusan kaji selidik itu menunjukkan terdapat peningkatan gaji kira-kira 5.5% di Malaysia mulai 2011 hingga 2013, dan pada 2010, ia mencatatkan 5%.
Ini mencerminkan peningkatan peratusan gaji yang mantap di Malaysia.
ECA International ialah pembekal utama dunia bagi pengetahuan, maklumat dan teknologi bagi pengurusan dan tugasan pekerja di seluruh dunia.
Pengarah serantau ECA International, Lee Quane berkata: "Berbanding Singapura dan Indonesia, peratus peningkatan gaji nominal Malaysia pada 2014, lebih tinggi berbanding Singapura namun lebih rendah daripada Indonesia.
"Bagi tahun ketiga berturut-turut, pekerja di Singapura boleh mengharapkan peningkatan gaji secara purata sebanyak 4.5%.
"Bagaimanapun, pekerja di Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding rakan mereka di Indonesia dan Singapura, jika mengambil kira paras inflasi."
Menurut Lee, pekerja industri Perbankan dan Kewangan di Malaysia akan memperoleh kenaikan tertinggi.
Beliau berkata walaupun syarikat menyedari risiko makroekonomi, mereka yakin terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2014, selain mengetahui mengenai perlunya memberikan kadar kenaikan gaji yang mencukupi untuk mengekalkan modal insan mereka.
Di peringkat global, kajian menunjukkan bahawa kenaikan gaji purata pada 2014 ialah sebanyak 5.8%.
Topic Berkaitan
#Lee Quane
#Trend Gaji ECA International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan