awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur

Bernama
Bernama
21/01/2018
22:43 MYT
Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur
Sambutan menggalakkan dalam Karnival Kewangan BNM di Kedah akan diteruskan di pantai timur.
Karnival Kewangan kelima anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah, kata Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Menurutnya karnival tiga hari itu, yang diadakan di Wilayah Utara Semenanjung, berjaya menarik 25,000 pengunjung, melebihi sasaran awal sebanyak 20,000.
"Jumlah pengunjung dijangka meningkat lagi memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum sempena Hari Keputeraaan Sultan Kedah.
"Karnival ini yang menghimpunkan pelbagai penyertaan di bawah satu bumbung, terdiri daripada institusi kewangan, persatuan-persatuan institusi kewangan, agensi kerajaan serta institusi berkaitan, yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan serta khidmat nasihat kepada orang ramai," katanya dalam ucapan penutupan karnival itu di sini pada Ahad.
Abdul Rasheed berkata karnival itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan B40, yang datang bukan sahaja dari Kedah, malah dari kawasan lain termasuk Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Menurutnya pendidikan kewangan merupakan unsur yang penting dalam meningkatkan kadar celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Dengan peningkatan pengetahuan mengenai hal kewangan, pengguna dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan mereka dengan lebih baik.
"Justeru, karnival kewangan ini merupakan satu usaha bersepadu yang dirancang untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam segenap lapisan masyarakat, bermula daripada kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa," katanya.
Karnival tersebut dijadikan sebagai platform bagi BNM untuk berinteraksi dengan para pengunjung untuk mendalami aspirasi rakyat Malaysia berkenaan peranan sektor kewangan 30 tahun akan datang.
Aspirasi yang dikumpulkan akan diterjemahkan dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Karnival ini menerima 1,050 aspirasi daripada para pengunjung, yang secara amnya tertumpu kepada tiga aspek utama, katanya.
"Antaranya, mereka berharap menjelang 2050, transaksi kewangan akan dibuat tanpa tunai dan tahap celik kewangan dalam kalangan warga Malaysia akan meningkat ke tahap yang tinggi.
"Para pengunjung juga mahu institusi kewangan menawarkan produk yang sesuai untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rasheed Abdul Ghaffour
#bank
#Bank Negara
#BNM
#Karnival Kewangan BNM
#Pantai Timur
#rakyat Malaysia
#Timbalan Gabenor BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan