awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tikam pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicara
Pemandu lori didakwa rompak bersenjata, lakukan persetubuhan bertentangan tabii
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan

Bernama
Bernama
27/04/2020
04:58 MYT
Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan
Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham terbesar TNB. - Gambar fail
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami tekanan hari ini selepas dana negara, Khazanah Nasional Bhd mengurangkan pegangannya dalam syarikat utiliti itu minggu lepas.
Sejak dagangan bersambung pagi ini saham tersebut mencatatkan penurunan, susulan penjualan pada Jumaat lepas, setelah Khazanah menjual 1.3 peratus pegangannya.
Setakat pukul 10.31 pagi, harga saham TNB susut lapan sen kepada RM12.08, dengan 2.92 juta saham bertukar tangan.
Langkah Khazanah mengurangkan pegangan dalam TNB itu bukan kali pertama memandangkan ia juga berbuat sedemikian pada April tahun lepas.
Bagaimanapun, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham terbesar TNB.
Menurut data ekuiti Bloomberg, sejak enam bulan lepas harga saham syarikat utiliti itu berkurangan RM1.92 seunit, iaitu daripada RM14.00 kepada RM12.08 hari ini dengan kedudukan pemodalan pasaran bernilai RM69.15 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#harga saham TNB
#Khazanah
#Saham Tenaga Nasional Bhd
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan