awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK diunjur menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 - MIDF Amanah

Bernama
Bernama
02/05/2025
13:10 MYT
KDNK diunjur menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 - MIDF Amanah
Unjuran pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik, kata MIDF Amanah.
KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus pada 2024.
Unjuran pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik, kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya hari ini.
MIDF Amanah berkata unjuran terbarunya juga mengambil kira perdagangan luar akan berkembang pada kadar yang lebih perlahan, dengan jangkaan penyusutan terhadap permintaan daripada pasaran utama seperti Amerika Syarikat (AS), susulan kenaikan tarif yang diumumkan oleh kerajaan AS.
"Kami menjangkakan Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan memandangkan penggunaan domestik akan terus berkembang disokong oleh keadaan pasaran buruh yang positif, peningkatan dalam pendapatan, program bantuan tunai berterusan daripada kerajaan dan peningkatan perbelanjaan pelancong walaupun ketegangan perdagangan yang semakin memuncak akan terus menjejaskan prospek perdagangan luar," katanya.
Bagaimanapun, MIDF Amanah tidak menolak kemungkinan bahawa ketidaktentuan dasar dan permintaan luar yang lebih lemah secara ketara akan terus mengehadkan aktiviti dalam sektor berorientasikan eksport, yang boleh memberi kesan yang lebih besar kepada sektor-sektor tertentu seperti pembuatan, perlombongan dan pertanian.
"Walaupun kami tidak melihat keperluan untuk beralih ke arah pelonggaran dasar buat masa ini, tetapi terdapat ruang yang mencukupi untuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan memberikan sokongan kepada ekonomi sekiranya momentum pertumbuhan melemah dengan ketara," katanya.
Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar yang sederhana, walaupun momentum pertumbuhan dijangka perlahan dengan Indeks Pelopor (IP) pada Februari 2025 kekal tidak berubah berbanding setahun lalu, manakala Indeks Serentak pula mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh 2.0 peratus tahun ke tahun, mencecah 127.2 mata.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 112.4 mata pada Februari 2025, mencerminkan penurunan kecil sebanyak 0.004 mata.
Ini terutamanya disebabkan oleh penyusutan ketara dalam Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-34.5 peratus) dan Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (-21.5 peratus).
"Di sebalik cabaran daripada tarif yang lebih tinggi dan potensi permintaan luar yang lebih lemah, permintaan domestik yang kukuh, perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan dan pelaburan yang lebih tinggi dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi negara tahun ini," kata MIDF Amanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIDF Amanah
#peertumbuhan
#ekonomi
#Malaysia
#perdagangan luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan