Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok

Lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Dis lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin, esok.
Ringkasan AI
- Suspek utama kes penemuan mayat Suri Narudin di Pedas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin esok, disyaki menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Seorang lelaki lain berusia 41 tahun yang turut ditahan akan menjadi saksi pendakwaan dalam kes tersebut, sementara polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses perundangan.
- Identiti mayat Suri Narudin, yang dipercayai wanita hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember, disahkan melalui pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Dis lepas.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


