awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok

Sinar Harian
Sinar Harian
25/12/2025
07:45 MYT
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Dalam kejadian kebakaran 10 Disember lalu itu, selain dua mangsa yang rentung, seorang lagi mangsa lelaki berjaya dibawa keluar. - Gambar fail/Bernama
BUTTERWORTH: Lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes ibu kandung dan adik angkatnya yang maut dalam kebakaran di kediaman sewa di Taman Rathna, Telok Air Tawar pada 10 Disember lalu akan didakwa pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Lelaki yang ditahan reman bagi kes kebakaran di Taman Rathna, Telok Air Tawar yang menyebabkan ibu kandung dan adik angkatnya maut akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Jumaat.
  • Kebakaran berlaku pada 10 Disember mengakibatkan dua mangsa rentung dan seorang cedera, serta rumah berkembar kelas A hampir musnah 85 peratus.
  • Mangsa cedera, lelaki berusia 20-an dirawat di ICU Hospital Seberang Jaya, manakala dua mangsa yang rentung, Hayani Yaakob (50-an) dan anak angkatnya, Andra (5 tahun) ditemui di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, lelaki berkenaan akan dituduh di Mahkamah Butterworth berhubung kes berkenaan.
"Ya, akan dituduh esok di Mahkamah Butterworth," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita bersama anak angkatnya ditemukan rentung manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kebakaran sebuah rumah sewa mereka.
Dalam kejadian pada jam 9.41 pagi itu, kebakaran membabitkan sebuah rumah berkembar kelas A dengan anggaran kemusnahan 85 peratus.
Selain dua mangsa itu, seorang lagi mangsa lelaki berjaya dibawa keluar.
Mangsa yang berusia 20-an ditemui cedera di kawasan pintu dapur pada jam 10.21 pagi dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.
Dua lagi mangsa, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkatnya, Andra berusia lima tahun ditemukan rentung di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama pada jam 10.59 pagi.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.15 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.21 pagi. -- Sinar Harian


Topic Berkaitan
#dua beranak rentung
#lelaki akan didakwa
#Ketua Polis Pulau Pinang
#ibu dan anak angkat
#Telok Air Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan