awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK Malaysia 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus - Bank Dunia

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2021
01:37 MYT
KDNK Malaysia 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus - Bank Dunia
Menurut Bank Dunia, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia memberi kesan kepada perbelanjaan swasta.
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus, menurut Bank Dunia, sekali gus menyemak turun unjuran yang dibuat sebelum ini sebanyak 1.5 peratus.
Semakan dibuat susulan usaha melawan COVID-19 dan vaksinasi di negara ini yang disifatkan perlahan, kata Bank Dunia menerusi laporan Pemantau Ekonomi Malaysia Edisi Jun 2021 bertajuk 'Weathering The Surge Official' yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi kesan kepada perbelanjaan swasta.
Bank Dunia juga menjangkakan pertumbuhan eksport naik 11.2 peratus tahun ini dengan pemulihan global dan kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 3.0 peratus tahun ini.
Katanya, risiko kepada ekonomi adalah termasuk kegagalan mengawal COVID-19 dan program vaksinasi yang perlahan.
Oleh itu, kerajaan harus fokus kepada usaha mengawal COVID-19 untuk membuka semula ekonomi sambil pada masa sama, proses vaksinasi harus dipercepatkan, katanya.
Bank Dunia juga mahu sokongan kewangan tambahan diberikan kepada kumpulan B40.
Polisi fiskal pula harus fokus kepada kebajikan rakyat berbanding pengukuhan kewangan jangka sederhana, tambahnya.
Bank Dunia juga mencadangkan supaya Malaysia melihat kembali had hutang negara dalam masa terdekat.
Malaysia juga harus meningkatkan sumber hasil dan perbelanjaan berhemah dan sistem perlindungan sosial, katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#ekonomi
#bank
#PKP
#KDNK
#vaksin
#The Malaysia Economic Monitor
#perbelanjaan
#The World Bank
#program vaksinasi
#Keluaran Dalam Negara Kasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan