awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga durian turun 50 peratus, ramai boleh nikmati musang ling - Peniaga
Kemalangan bas, lori: Seorang penumpang maut, sembilan lagi parah
Potensi pelancongan Pulau Tanjung Aru pemangkin pemerkasaan PMKS - Mohamad Alamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK suku kedua 2023 tumbuh perlahan kepada 2.9 peratus

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/08/2023
04:03 MYT
KDNK suku kedua 2023 tumbuh perlahan kepada 2.9 peratus
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour berkata, permintaan dalam negeri kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan. - Foto Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku tahun kedua 2023 menyederhana kepada 2.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ekonomi 2.9 peratus pada suku tahun kedua 2023 didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan, selain permintaan luaran yang lebih perlahan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour berkata, permintaan dalam negeri kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan.
"Perbelanjaan isi rumah disokong oleh pertumbuhan selanjutnya dari segi guna tenaga dan upah.
"Sementara itu, aktiviti pelaburan disokong oleh pengembangan kapasiti, pelaksanaan projek berbilang tahun yang berterusan dan perbelanjaan aset tetap yang lebih tinggi oleh kerajaan.
"Kemasukan pelancong asing yang terus pulih sebahagiannya mengimbangi pertumbuhan eksport barangan yang lebih perlahan.
"Pertumbuhan pada suku kedua juga dipengaruhi oleh kesan asas yang tinggi pada suku kedua tahun 2022 apabila ekonomi mencatatkan pertumbuhan yang kukuh berikutan kesan pembukaan semula ekonomi dan langkah-langkah dasar," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Foto DOSM
Foto DOSM
Selain itu, prestasi ekonomi bulanan meningkat secara marginal 0.7 peratus pada April, melonjak 5.6 peratus pada Mei dan menyederhana kepada 2.4 peratus pada Jun 2023.
Pertumbuhan kukuh pada Mei 2023 disumbangkan oleh peningkatan sementara dalam permintaan global dan penggunaan isi rumah.
Sementara itu, perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan pembentukan modal tetap kasar terus memacu pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini.
Bagi separuh tahun 2023 ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus menyederhana berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 6.8 peratus.

Topic Berkaitan
#KDNK
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#sektor perkhidmatan dan pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan