awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: Hanya seorang mangsa masih dirawat di hospital di Selangor

Bernama
Bernama
03/04/2025
08:31 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: Hanya seorang mangsa masih dirawat di hospital di Selangor
Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di hospital di Selangor. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih dirawat di hospital negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.
Beliau berkata pesakit berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
"Apa yang saya boleh sahkan ialah hanya seorang pesakit dirawat di ICU hospital di bawah Selangor, iaitu dirawat di Hospital Ampang setakat pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dr Ummi Kalthom berkata tiga pesakit yang dirawat di Hospital Cyberjaya pula kini dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim mengesahkan tiada lagi mangsa kejadian dirawat di hospital itu.
Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat 3 petang, mangsa dirawat di fasiliti kementerian itu melibatkan 86 kes manakala 46 di fasiliti swasta.
Di Hospital Cyberjaya, setakat semalam jumlah kes ialah 26 dengan 23 pesakit telah dibenarkan keluar wad manakala seorang di ICU dan dua dirujuk ke HKL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#mangsa kebakaran
#rawatan di hospital
#negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan