Kira-kira 70 peratus syarikat di Malaysia mempunyai pelan kesinambungan perniagaan atau pelan pengurusan krisis untuk menangani atau mengurangkan kesan pandemik global seperti COVID-19, menurut satu tinjauan dilakukan oleh Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM).
Bagaimanapun, kaji selidik itu menekankan bahawa hanya 62 peratus daripada syarikat-syarikat ini telah mula melaksanakan rancangan mereka, manakala 21 peratus mengakui bahawa organisasi mereka tidak mempunyai pelan kontingensi tetapi sedang membangunkannya sebagai tindak balas kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Daripada syarikat yang mempunyai pelan kesinambungan perniagaan atau pelan pengurusan krisis, hanya 17 peratus menunjukkan keyakinan terhadap keberkesanannya, manakala 70 peratus mengakui bahawa rancangan mereka ada ruang untuk penambahbaikan dalam menyesuaikan diri terhadap keadaan akibat penularan COVID-19.
Baki 13 peratus berpendapat bahawa rancangan semasa mereka tidak mencukupi untuk menangani kesan terhadap perniagaan mereka dan perlu dikaji semula.
93 peratus daripada responden bersetuju dengan tanggapan bahawa perniagaan menahan impak yang lebih teruk berikutan lanjutan PKP hingga pertengahan April kerana mereka percaya pandemik berpanjangan akan menjejaskan lagi ekonomi Malaysia.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ICDM, Michele Kythe Lim menyifatkan keadaan sekarang sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku untuk perniagaan di Malaysia.
Beliau berkata penularan COVID-19 memaksa organisasi untuk menyusun semula dan menimbang semula model perniagaan mereka, strategi serta tawaran produk dan perkhidmatan mereka.
"Dengan dilengkapi dengan peralatan dan pengetahuan yang betul adalah penting untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan kelestarian perniagaan mereka.
"Lebih-lebih lagi, ahli lembaga dan pengarah perlu bertindak segera sekiranya tidak ia menjejaskan lagi perniagaan, kata Lim.
Beliau menekankan bahawa ini adalah masa yang penting bagi syarikat untuk menilai pelan kontingensi perniagaan mereka untuk memastikan perniagaan mereka dapat mengatasi krisis, sambil menambah bahawa ahli lembaga perlu menyedari bahawa pengurusan krisis harus sepatutnya sudah dimulakan sebelum krisis melanda syarikat.
"Ia sepatutnya menjadi sebahagian langkah-langkah penting bagi mengurangkan risiko terhadap syarikat dan dan bukannya reaktif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020

Daripada syarikat yang mempunyai pelan kesinambungan perniagaan atau pelan pengurusan krisis, hanya 17 peratus menunjukkan keyakinan terhadap keberkesanannya. - Gambar hiasan

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Shanghai umum pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal
Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac lalu sebelum kawalan pergerakan selama dua bulan.

COVID-19: Korea Utara mansuh pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal
Bagaimanapun, Korea Utara akan terus mengekalkan langkah "pertahanan antiwabak yang kukuh".

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.