SUNGAI PETANI: Kedah mencatatkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM20 bilion pada suku kedua tahun ini dan merupakan angka tertinggi di Malaysia setakat ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata jumlah tersebut mengatasi sasaran sebanyak RM10 bilion yang ditetapkan kerajaan negeri untuk sepanjang tahun ini.
"Kedah mempunyai aliran pelaburan asing dan domestik yang kukuh dan kehadiran pelabur telah membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri selain turut mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Setakat suku kedua pada tahun 2022, Kedah hampir pasti menerima RM20 bilion nilai pelaburan pada tahun ini, pada waktu ini adalah pelaburan tertinggi di Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Projek Loji Melamina Zon Industri Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd di Gurun dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Group Bhd Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata pelaksanaan projek loji melamina itu bakal mengukuhkan lagi kawasan perindustrian Gurun sebagai sebuah zon pengeluar bahan kimia khusus bertaraf antarabangsa di rantau Asia Tenggara.
Katanya projek tersebut sangat penting dan amat membantu dalam usaha kerajaan negeri membangunkan ekonomi negeri terutamanya dalam sektor industri minyak dan gas serta petrokimia.
"Kerajaan negeri amat mengalu-alukan keputusan Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) untuk terus melabur di sini dan memajukan lagi Taman Perindustrian Gurun di sini.
"Saya difahamkan apabila ia siap nanti, PCG akan menjadi pengeluar melamina tunggal di Asia Tenggara dan kilang ini akan meletakkan negeri Kedah dan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh di rantau ini," katanya.
Loji melamina tersebut dijangka akan memulakan operasi pada 2024 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 tan setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Muhammad Sanusi (kiri) mengadakan sidang media pada Majlis Perasmian Projek Loji Melamina Petronas Chemical Group Berhad (PCG) di Dewan Agrenas Petronas Fertiliser Kedah Sdn Bhd hari ini. - Foto BERNAMA
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Kedah catat pelaburan diluluskan RM20 bilion pada suku kedua tahun ini
Kedah mencatatkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM20 bilion pada suku kedua tahun ini dan merupakan angka tertinggi di Malaysia setakat ini.