awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan kewangan SESB kukuh, operasi berjalan lancar - TNB

Bernama
Bernama
05/02/2018
14:25 MYT
Kedudukan kewangan SESB kukuh, operasi berjalan lancar - TNB
LEO MOGGIE: Teruskan tumpuan ke atas usaha untuk memastikan bekalan elektrik di Sabah disediakan dengan cekap
Kedudukan kewangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kukuh dan operasinya berjalan lancar, kata pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Leo Moggie.
Beliau berkata TNB, sebagai pemegang saham utama SESB, akan meneruskan tumpuan ke atas usaha untuk memastikan bekalan elektrik di Sabah disediakan dengan cekap dan lancar.
"Kami akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan dalam perkara ini, seperti kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Teknikal SESB di sini hari ini.
Moggie mengulas pertanyaan pemberita mengenai operasi masa hadapan SESB, ekoran dakwaan syarikat tenaga itu berhadapan tindakan insolvensi.
Mengenai kesediaan kerajaan negeri menambah kepentingannya dalam SESB, beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh pemegang kepentingannya.
Mengenai pusat latihan itu, Moggie berkata ia dibuka dengan usaha sama Institut Latihan Sultan Ahmad Shah bagi melahirkan petugas teknikal dan kontraktor yang mahir yang berdaftar dengan SESB, dan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Pengarah Urusan SESB Ir. Abd Razak Sallim berkata pusat latihan itu, yang diubah suai dariada stesen janakuasa yang tidak digunakan lagipada kos RM400,000, mula beroperasi pada 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kewangan
#Leo Moggie
#operasi
#SESB
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan