Kejatuhan harga minyak dunia terus memberi kesan kepada pemain industri tempatan.
Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pelbagai langkah telah diambil oleh pemain industri seperti syarikat minyak dan gas negara, Petronas terutama dalam menyemak semula perbelanjaan modal ketika ini.
"Kesan kejatuhan harga minyak kalau dari segi para pemain industri minyak dan gas memang terkesan, kerana seperti disebutkan beberapa syarikat minyak utama seperti Petronas dan sebagainya.
"Mereka ini akan menyemak semula perbelanjaan modal dan mengurangkan semula perbelanjaan modal bagi mengambil kira keadaan semasa minyak yang mana lebihan penawaran masih berleluasa," katanya.
Malah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) katanya sedang berusaha mengimbangi lebihan penawaran dengan pengeluaran minyak.
Untuk rekod, sebanyak 7.7 juta tong sehari dikeluarkan ketika ini oleh negara pengeksport minyak. Jumlah itu dijangka dikurangkan pada tahun hadapan.
"OPEC sedang berusaha mengimbangi situasi kita hadapi sekarang, perjanjian mereka untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 7.7 juta tong sehari sehingga akhir tahun. Kemudian tahun hadapan bakal dikurangkan lagi kepada 5.8 juta tong sehari.
"Maksudnya negara pengeluar telah mengambil tindakan dan syarikat minyak utama juga mengambil tindakan jadi para pemain industri minyak dan gas terutama bagi mereka dalam sektor rantaian bekalan akan terkesan kerana semakan perbelanjaan modal syarikat minyak utama akan beri kesan negatif kepada mereka," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.
Manakala bagi pengguna pula ujarnya, kejatuhan harga minyak memberi impak positif dan dijangka memanfaatkan perbelanjaan pengguna terutama dalam sektor domestik.
"Itu dari segi pemain industri minyak dan gas, tetapi buat para pengguna harga minyak RON95 dan sebagainya rendah sekitar RM 1.71 sen seliter berbanding tahun lepas puratanya RM 2.08 sen pengurangan jelas ketara apabila ekonomi beransur dibuka.
"Jadi kos melancong dalam negeri terdapat sedikit penjimatan, jadi penjimatan itu tadi dapat dimanfaatkan dalam bentuk perbelanjaan pengguna," katanya.
Di pihak kerajaan pula, kutipan hasil berkaitan petroleum turut terkesan akibat kejatuhan harga minyak.
Bagaimanapun jelas Mohd Afzanizam, tindakan kerajaan dalam menaikkan had statutori hutang negara kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memberi fleksibiliti untuk kerajaan berbelanja.
Malah kerajaan jelas Mohd Afzanizam pastinya akan bersedia dengan sumber kewangan yang ada.
"Bagi kerajaan pula, kutipan cukai atau kutipan hasil berkaitan petroleum terkesan tetapi mungkin dalam keadaan semasa kerajaan masih ada fleksibiliti untuk berbelanja.
"Peningkatan paras hutang juga menyaksikan, Kementerian Kewangan telah meningkatkan self impose limit daripada 50 kepada 60 peratus, membuka ruang kerajaan meminjam dan membiayai perbelanjaan mereka dalam menyokong pertumbuhan ekonomi," kata Mohd Afzanizam.
Tambahnya, terdapat kesan positif dan negatif akibat kejatuhan harga minyak dunia dan bergantung kepada prospek pertumbuhan ekonomi di masa hadapan.
Fareez Azman
Thu Sep 03 2020

Pemain industri akan menyemak semula perbelanjaan modal dan mengurangkan semula perbelanjaan modal bagi mengambil kira keadaan semasa minyak yang mana lebihan penawaran masih berleluasa. - Gambar fail

BN junjung titah Agong, rayu sidang Parlimen diadakan segera
BN menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh darurat.

Pembinaan Pan Borneo Sarawak siap 60 peratus, Sabah 45 peratus - Fadillah
Projek Lebuh Raya Pan Borneo,menunjukkan kemajuan positif apabila mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah

Kerajaan pertimbang pergerakan rentas negeri ikut zon - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan termasuk dari segi penguatkuasaan.

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Sarawak Pay ke peringkat global
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar IPT terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.

COVID-19: Ekonomi Korea Selatan menguncup buat kali pertama sejak 22 tahun
Keadaan ekonomi Korea Selatan mungkin lebih buruk jika tidak disokong eksport teknologinya.

RM159 juta dibelanjakan untuk projek persimpangan bertingkat Tanah Merah - Fadillah
Beliau berkata projek mula dibina pada 19 Ogos 2016 dan siap sepenuhnya pada 22 Dis tahun lepas.

Menteri ekonomi ASEAN cadang perkenal sijil vaksin digital bersama - Azmin
Tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

Tok Pa jawab 10 soalan berkaitan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah dokumen komprehensif yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

COVID-19: MIDA lancar portal mudahcara kemasukan pelancong perniagaan
Portal berkenaan merupakan sebahagian komponen kritikal Kerajaan Malaysia khusus bagi mempercepatkan kemasukan pelancong perniagaan.

Rapatkan jurang digital sasaran utama Rangka Tindakan Ekonomi Digital - Mustapa
Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat di bandar dan desa serta antara generasi muda dan tua.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.