awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

David Beckham terima anugerah kebesaran, kini bergelar Sir

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2025
15:31 MYT
David Beckham terima anugerah kebesaran, kini bergelar Sir
Beckham ditemani oleh isterinya, yang kini dikenali sebagai Lady Victoria. - Foto Reuters
LEGENDA bola sepak England, David Beckham dikurniakan gelaran kebesaran oleh Raja Charles, dengan membawa gelaran 'Sir'.

Ringkasan AI
  • David Beckham dianugerahkan gelaran kebesaran 'Sir' oleh Raja Charles sebagai penghargaan sumbangan dalam sukan dan kerja-kerja kebajikan.
  • Beckham tampil dengan isteri dan ibu bapa dalam majlis penganugerahan di Istana Windsor dengan isterinya, Victoria Beckham, yang merupakan pereka fesyen terkenal.
  • Media antarabangsa melaporkan Beckham merasa bangga dengan anugerah tersebut dan mengungkapkan rasa cintanya terhadap negara serta pentingnya institusi diraja kepada keluarganya.

Bekas bintang Manchester United berusia 50 tahun itu dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) dalam majlis yang berlangsung di Istana Windsor, sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam bidang sukan dan kerja-kerja kebajikan.
Beckham yang juga peminat setia institusi diraja Britain ditemani oleh isterinya, yang kini dikenali sebagai Lady Victoria, serta ibu bapanya, Ted dan Sandra.
Beliau tampil dengan sut berona kelabu yang direka oleh isterinya, Victoria Beckham, yang juga pereka fesyen dan bekas anggota kumpulan pop terkenal, Spice Girls.
Sementara itu, memetik media antarabangsa, Beckham menzahirkan rasa bangga dengan anugerah tersebut, dan menggambarkan rasa cintanya terhadap negara.
"Saya sentiasa berkata betapa pentingnya institusi diraja kepada keluarga saya.
"Saya cukup bertuah kerana telah mengembara ke seluruh dunia dan semua orang hanya mahu bercakap tentang institusi diraja kami. Ia membuatkan saya bangga," katanya memetik laporan BBC.
Beckham telah mewakili negara dalam 115 perlawanan, selain bermain untuk Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, Paris St-Germain dan AC Milan sebelum bersara pada 2013.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak penganjuran Sukan Olimpik London 2012 dan menjadi duta UNICEF sejak 2005.
Topic Berkaitan
#David Beckham
#David Beckham gelaran Sir
#Raja Charles
#anugerah kebesaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan