awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi faktor luar - BNM

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2023
23:00 MYT
Kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi faktor luar - BNM
Pergerakan dalam ringgit akan terus ditentukan pasaran dan BNM akan terus menguruskan risiko yang timbul daripada ketidaktentuan pasaran kewangan yang meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkembangan dalam pasaran kewangan global memberi kesan mendalam kepada pasaran mata wang, termasuk kejatuhan nilai ringgit.
Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi ringgit perlu dinilai dengan mengambil kira bukan sahaja hubungannya dengan dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi juga dengan mata wang rakan dagangan utama.
Menurutnya, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) boleh memberi tafsiran lebih komprehensif tentang pergerakan ringgit.
Jelas BNM, kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran dan tidak seharusnya ditafsirkan semata-mata sebagai gambaran keadaan ekonomi Malaysia.
"Dalam persekitaran semasa, perkembangan luaran memberi kesan yang lebih dominan terhadap prestasi ringgit.
"Memandangkan perkara ini, prestasi ringgit berbanding dolar AS, atau mana-mana mata wang tertentu, bukanlah gambaran keadaan ekonomi.
"Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang dalam julat 4.0% hingga 5.0% pada 2023.
"Permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan realisasi projek pelaburan dan modal berbilang tahun yang diluluskan, termasuk pelaburan langsung asing, seperti ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan Lebuhraya Pan Borneo," kenyataan itu berkata.
Pergerakan dalam ringgit akan terus ditentukan pasaran dan BNM akan terus menguruskan risiko yang timbul daripada ketidaktentuan pasaran kewangan yang meningkat.
Prestasi ringgit akan bertambah baik apabila ketidaktentuan daripada perkembangan pasaran global semakin reda, seterusnya mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh.
Topic Berkaitan
#ringgit
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#pasaran kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan