SHAH ALAM: Kejayaan penganjuran Pameran Udara Selangor (SAS) dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023, membuka ruang untuk Selangor sebagai hab pelaburan dan perdagangan serantau, kata exco kerajaan negeri Ng Sze Han.
Beliau berkata, SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.
Katanya, pameran di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark di sini turut merekodkan kehadiran 19,217 pelawat perdagangan, melebihi sasaran 12,000 orang.
“55.1 peratus daripada jumlah pengunjung adalah pelawat perdagangan manakala 44.9 peratus orang awam, sekali gus mengatasi sasaran 10,563 pelawat yang dicatatkan tahun lepas.
“Sebanyak 28 memorandum persefahaman (MoU) daripada pelbagai subsektor industri aeroangkasa dimeterai pada edisi ketiga SAS, berbanding 14 pada tahun lepas,” katanya pada sidang media pada Isnin.
Beliau berkata, SAS juga berjaya menghimpunkan 109 pempamer dari 10 negara yang mewakili syarikat industri aeroangkasa dan penerbangan terbaik dunia.
“Selain itu, sebanyak 49 pesawat statik dipamerkan berbanding 30 tahun lepas, dengan 28 daripadanya pesawat tempatan dan selebihnya pesawat antarabangsa.
“SAS kali ini juga membuka peluang kepada generasi muda untuk terlibat dalam pameran kerjaya yang menampilkan 26 syarikat penerbangan dan aeroangkasa dari dalam serta luar negara,” katanya.
Bertemakan ‘Satu-satunya Pertunjukan dan Perniagaan Penerbangan di Rantau ini’, SAS 2023 melibatkan penyertaan 42 negara antaranya Singapura, Amerika Syarikat, China, Indonesia, Perancis, Jepun dan Switzerland.
Mula dianjur sejak 2021, SAS menjadi landasan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa dan membantu syarikat tempatan serta usahawan kecil dan sederhana meneroka bidang itu.
Pada sidang media yang sama, beliau juga memaklumkan SIBS 2023 yang berlangsung bulan lalu merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion.
Katanya, SIBS2023 telah menarik seramai 57,249 pengunjung daripada 83 negara yang terdiri dari pemilik perniagaan, pengimport, pemborong, pengedar, peruncit dan pasar raya besar.
"Jumlah ini jauh mengatasi44,342 pelawat mendaftar pada 2022. SIBS2023 turut menjadi tuan rumah seramai 339 pembeli perdagangan dari 26 negara, 11 pembeli pasar raya dan 2 pembeli farmasi kali ini," katanya.
"SIBS2023 mencatatkan potensi tertinggi yang pernah dirundingkan jualan, dengan jumlah RM6.12 bilion.
"Ini mewakili sebuah lonjakan yang menakjubkan daripada potensi RM1.45 bilion nilai transaksi direkodkan dalam SIBS2022.
"Terdapat 34 MoU yang ditandatangani semasa SIBS2023, meliputi kerjasama merentasi pelbagai industri
subsektor," katanya.
SIBS akan kembali tahun hadapan dan akan disusun kepada dua tarikh berasingan, iaitu dari 25 hingga 27 Julai 2024 dan 16 hingga 19 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023
Ng Sze Han memaklumkan SIBS 2023 yang berlangsung bulan lalu merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion. - Astro AWANI.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kejayaan SAS dan SIBS 2023 buka ruang Selangor sebagai hab pelaburan serantau
SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.
Pameran Penerbangan Selangor 2023 bakal tarik lebih 20,000 pengunjung
Invest Selangor Berhad menjangkakan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung.
Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 kembali dengan edisi ketiga
SAS 2023 bakal menampilkan pempamer tempatan dan antarabangsa yang mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan terkini termasuk dalam segmen penerbangan am dan perniagaan.