KUALA LUMPUR: Malaysia komited ke arah kelestarian kewangan seterusnya memberi penekanan terhadap isu, cabaran dan peluang berkaitan perubahan iklim dan risikonya di Malaysia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keupayaan negara untuk keluar daripada pandemik ini dengan selamat dan sistematik adalah penting dan mustahak untuk Malaysia melakukan pembinaan semula dengan lebih baik dan kukuh.
“Meskipun usaha-usaha yang sedang diambil oleh sektor kewangan dalam aspek ini adalah menggalakkan, termasuk melalui penawaran pelbagai penyelesaian kewangan yang mampan, dan bantuan kepada syarikat dalam proses peralihan mereka, hakikatnya banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan.
“Inilah sebabnya mengapa sektor kewangan perlu mempertingkatkan usaha dan memainkan peranannya dalam agenda iklim dan kelestarian,” kata beliau ketika menghadiri Persidangan Perbankan Malaysia kali pertama bertemakan “Memanfaatkan Perubahan: Menukarkan Momentum ESG kepada Tindakan” anjuran Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) di ibu negara hari ini.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata,Malaysia sudah mula menumpukan perhatian terhadap kelestarian dalam menempuh cabaran perubahan iklim.
“Malaysia mula memberi fokus terhadap kelestarian lebih sedekad lalu dengan pelancaran Skim Pembiayaan Teknologi Hijau pada 2010. Sejak itu, Kerajaan terus komited untuk menyampaikan pembangunan mampan sambil memerangi perubahan iklim
“Kita juga telah menerima pakai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan, yang bermula dalam Rancangan Malaysia Ke-11, dan seterusnya diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDG)," ujar beliau.
Selain itu, Tengku Zafrul menegaskan meskipun terdapat usaha-usaha sedia ada yang diambil oleh sektor kewangan dalam aspek ini dalam membantu syarikat untuk proses peralihan kelestarian dan kewangan mampan, pelbagai lagi langkah kerjasama perlu dilaksanakan.
“Pembuat dasar, pengawal selia dan peserta peringkat nasional seperti Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MYCAC), Bank Negara Malaysia (BNM), Bursa Malaysia (Bursa) Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) perlu bersama institusi kewangan dan bukan kewangan untuk memacu kemajuan kewangan mampan,” katanya.
Beliau juga berkata, kerjasama ini dapat menyediakan sistem kewangan Malaysia untuk menjadi lebih berdaya tahan terhadap cabaran iklim.
Fahmi Izuddin
Tue Sep 13 2022

Selain itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia sudah mula menumpukan perhatian terhadap kelestarian dalam menempuh cabaran perubahan iklim. - Gambar Fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.

EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.

MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.

'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.