awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemampuan pelaburan ASEAN bergantung kepada ekosistem rantaian bekalan bersepadu - ASCC

Bernama
Bernama
24/01/2026
10:45 MYT
Kemampuan pelaburan ASEAN bergantung kepada ekosistem rantaian bekalan bersepadu - ASCC
Keyakinan pelabur akan bergantung kepada penyelarasan dasar yang lebih kukuh dan pelaksanaan yang lebih konsisten di seluruh negara anggota ASEAN. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kemampuan ASEAN untuk bersaing dan menarik pelaburan semakin bergantung kepada fungsinya sebagai ekosistem pengeluaran dan perdagangan yang bersepadu, menurut Majlis Rantaian Bekalan ASEAN (ASCC).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), ASCC berkata ASEAN mesti mengurangkan kos, masa dan halangan kawal selia yang terus menghalang perdagangan rentas sempadan.
Katanya, ia melemahkan hubungan rantaian nilai serantau, memandangkan rantaian bekalan kini berdepan dengan ketidaktentuan yang lebih tinggi, peningkatan tuntutan pematuhan dan jangkaan penghantaran yang lebih terhad.
Pandangan ini dinyatakan dalam mesyuarat ASCC yang menghimpunkan 56 wakil daripada Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Rangkaian Perkilangan ASEAN (AMN), persatuan perniagaan sektor ASEAN serta organisasi rakan kerjasama.
"Mesyuarat itu meninjau tahap integrasi serantau dalam dua sektor keutamaan yang dikenal pasti untuk 2026 iaitu makanan dan minuman serta semikonduktor.
"Dalam sektor makanan dan minuman, perdagangan intra-ASEAN kekal terhad dengan hanya 23 hingga 24 peratus perdagangan makanan ASEAN berlaku di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam sektor semikonduktor, mesyuarat menumpukan kepada pengukuhan daya tahan dalam rantaian bekalan bernilai tinggi dan sensitif masa.
Ini termasuk meningkatkan kebolehramalan di sempadan, mengurangkan gangguan operasi serta menyokong mobiliti bakat untuk mengekalkan peranan ASEAN dalam rangkaian pengeluaran global yang kritikal.
Majlis itu juga menekankan data daripada Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) yang menunjukkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) untuk bina kemudahan operasi baharu (greenfield) ke ASEAN menurun sebanyak 17 peratus iaitu berjumlah AS$74.4 bilion (AS$1 = RM4.00) dari suku pertama hingga suku ketiga 2025.
Majlis itu turut menekankan ASEAN terus meraih 29 peratus daripada pengumuman pelaburan FDI greenfield di Asia Pasifik dan menerima janji pelaburan intra-serantau sebanyak AS$39.8 bilion walaupun aliran masuk FDI greenfield menurun sebanyak 17 peratus kepada AS$74.4 bilion dari suku pertama hingga suku ketiga 2025.
"ASEAN kekal sangat menarik untuk pelaburan, tetapi keyakinan pelabur akan bergantung kepada penyelarasan dasar yang lebih kukuh dan pelaksanaan yang lebih konsisten di seluruh negara anggota ASEAN," menurut kenyataan itu.
ASCC mengenal pasti enam cadangan utama sektor swasta untuk 2026 iaitu mempercepatkan pensijilan elektronik merentas ASEAN dan kebolehkendalian digital bagi kesihatan dan fitosanitari, melaksanakan program jejak dan kesan menyeluruh berdasarkan piawaian data bersama serta membolehkan aliran data rentas sempadan yang dipercayai.
Cadangan tersebut juga merangkumi pengurangan kerumitan piawaian dan pensijilan melalui penyatuan terancang, memperkukuh kecekapan sempadan bagi rantaian bekalan bernilai tinggi dan sensitif masa serta meningkatkan mobiliti bakat untuk peranan teknikal kritikal dalam industri strategik.
Pada 2026, majlis ini akan menyatukan keutamaan sektor swasta ke dalam satu set cadangan berstruktur yang memberi tumpuan kepada mempercepatkan fasilitasi perdagangan digital.
Selain itu meningkatkan keterlihatan rantaian bekalan dan membolehkan pertukaran data rentas sempadan yang dipercayai untuk mengurangkan halangan dan memperkukuh daya saing ASEAN untuk perdagangan, pengeluaran dan pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pelaburan
#ASCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan