Skip to main content

Sukan

Cincin kejuaraan JDT sempena sambut mahkota ke-12 Liga Super berturut-turut

- Foto Astro ARENA
- Foto Astro ARENA

Advertisement

ANGGOTA skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menerima cincin kejuaraan sebagai kenangan menjuarai Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut.

Cincin itu diperbuat daripada platinum dan emas serta dihiasi batu permata seperti nilam dan berlian selain menampilkan elemen khas yang melambangkan pencapaian luar biasa kejuaraan liga ke-12 berturut-turut.

Harimau Selatan - yang memenangi kesemua 18 perlawanan liga - hanya memerlukan dua mata daripada baki enam perlawanan untuk sekali lagi mengesahkan kejuaraan.

Pertemuan dengan DPMM Sabtu ini, boleh menjadikannya kenyataan.

 

Must Watch Video

Advertisement