Anggota masyarakat disaran memanfaatkan platform digital “Derma Dengan Ikhlas” untuk melakukan sumbangan kepada yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan berkata platform itu menawarkan ketelusan dan keselamatan bagi individu dan juga organisasi membuat sumbangan.

“Setakat ini, sumbangan yang dikumpul telah membantu menyediakan barangan keperluan dan makanan bernilai RM330,000 untuk 26,650 individu dan 5,200 keluarga termasuk lebih 1,000 keluarga Orang Asal.

“Kami harap dapat memperluas inisiatif ini ke Indonesia, Filipina dan negara-negara lain dengan bantuan dan sokongan bertepatan,” katanya.

Beliau menambah bahawa kempen ini akan diteruskan selepas COVID-19 dan bulan Ramadan untuk terus membantu komuniti yang kurang bernasib baik, antaranya dari segi makanan dan pendidikan.

Sumber Facebook din.meranun

Kempen ini merupakan inisiatif IKHLAS, cabang perniagaan baharu di bawah AirAsia.com yang memenuhi keperluan komuniti Islam di seluruh dunia dengan menawarkan akses kepada amalan-amalan berasaskan pegangan agama, dan inisiatif akan diteruskan selepas berakhirnya Ramadan.

Kamarudin pada Ahad berjaya mengumpulkan sumbangan tambahan berjumlah RM25,000 untuk kempen itu menerusi sesi Instagram Live beliau, menjadikan sumbangan terkumpul yang diterima setakat 6 petang berjumlah RM775,748.

Terdahulu awal minggu lalu, IKHLAS meluaskan capaian tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan bantuan keperluan asas kepada lebih daripada 1,700 keluarga Orang Asli di Jerantut dan Temerloh, Pahang.

BACA: Derma dengan ikhlas secara digital Ramadan ini

Setiap keluarga menerima satu bakul makanan yang mengandungi beras, gula, tepung, minyak masak, mi segera, kopi dan teh, pelbagai biskut dan makanan dalam tin.

Setiap keluarga menerima satu bakul makanan yang mengandungi beras, gula, tepung, minyak masak, mi segera, kopi dan teh, pelbagai biskut dan makanan dalam tin.
Ketuanya, Ikhlas Kamarudin berkata syarikat merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana titah baginda memberi inspirasi dan dorongan untuk memperluaskan rangkaian program amal bulan Ramadan dengan membantu masyarakat Orang Asli.

"Kami juga ingin merakam penghargaan kepada semua pihak yang telah bergabung tenaga menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pasukan barisan hadapan dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.

"Ini terutama kepada kolaborator utama kami Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah yang telah memainkan peranan penting terhadap kempen ini.

"Kami akan meneruskan usaha untuk mengedar lebih banyak barangan keperluan asas di seluruh negara, dan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap inisiatif ini," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan lokasi geografi kampung Orang Asli ini yang terletak jauh di pedalaman Taman Negara Pahang, pihak IKHLAS terpaksa menggunakan pengangkutan udara untuk menghantar barangan keperluan asas.

IKHLAS terpaksa menggunakan pengangkutan udara untuk menghantar barangan keperluan asas.
Sementara itu, Kamarudin dalam catatan di Facebooknya turut menzahirkan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan dalam melaksanakan misi ini.

“Ampun Tuanku, Titah Tuanku telah dilaksanakan. Hari ini, kami menghulurkan sumbangan kepada 1,700 keluarga Orang Asli dan golongan Asnaf di Taman Negara Pahang dan sekitarnya, seperti dititah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Alhamdulillah kami turut berterima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan yang memberi sokongan dalam menjayakan projek ini,” katanya.

Sumber Facebook din.meranun

Antara badan kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Tempatan Daerah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta syarikat penerbangan sewa khas yang menyediakan pengangkutan udara ihsan.

Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedarkan barang keperluan, makanan dan juadah berbuka puasa kepada lebih 3,700 keluarga dan 19,050 individu serta barisan hadapan ‘frontliners’ di pelbagai lokasi, antaranya di Lembah Klang, Melaka, Kota Kinabalu, Labuan, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang, Besut, Kubang Pasu, Langkawi dan Kuala Kangsar.

Kempen tersebut akan dipanjangkan ke kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia di sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber Facebook din.meranun



Sumber Facebook din.meranun


Inisiatif 'Derma Dengan Ikhlas' adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia dan orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com.