awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025

Bernama
Bernama
05/10/2024
21:00 MYT
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Menurut Kenanga, unjurannya berdasarkan dapatan berasaskan data, menyatakan keperluan kepada menguruskan inflasi lebih tinggi daripada jangkaan. - Foto fail/Kenanga
KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Menurut bank itu dalam nota penyelidikan pada Sabtu, unjurannya berdasarkan dapatan berasaskan data, menyatakan keperluan kepada menguruskan inflasi lebih tinggi daripada jangkaan, yang mungkin wujud daripada kesan limpahan subsidi bahan api bersasar dan kos input yang turun naik.
"Berkaitan dasar monetari, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka membuat keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa dipengaruhi oleh pasaran serantau berdasarkan perbezaan tekanan inflasi dan trajektori ekonomi," katanya.
Katanya kajian kestabilan kewangan (FSR) BNM pada separuh pertama 2024, yang menunjukkan sektor perbankan bertambah baik secara berperingkat sejak kajian sebelumnya, disokong oleh persekitaran makroekonomi yang kukuh.
Kenanga mengekalkan pendirian 'wajaran tinggi' terhadap sektor itu, menyatakan penilaian dijangka terus meningkat, disokong oleh kembalinya pelabur asing ke bank-bank di Malaysia.
"Bagi pilihan utama kami, kami melihat peluang dalam saham yang sebelum ini mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan walaupun kami terus memilih nama-nama seperti Public Bank Bhd (prestasi lebih baik (OP), harga sasaran (TP): RM5.10), Hong Leong Bank Bhd (OP, TP: RM27.40) dan RHB Bank Bhd (OP, TP: RM7.55)," katanya.
RHB Bank, khususnya, diketengahkan sebagai pilihan dividen yang menarik, menawarkan hasil kira-kira 7 peratus, dengan isu kualiti aset kini sebahagian besarnya telah diselesaikan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Inflasi
#subsidi
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan