awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pertimbang cadangan kelapa dijadikan komoditi negara - Fadillah

Bernama
Bernama
06/08/2023
13:08 MYT
Kerajaan akan pertimbang cadangan kelapa dijadikan komoditi negara - Fadillah
Kerajaan melalui KPK akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi negara. - Gambar fail/BERNAMA
BANTING: Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi negara.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan oleh pekebun kecil mengenai perkara itu akan di bawa ke peringkat atasan untuk dibincangkan dan dipersetujui.
"Ada juga cadangan tadi (daripada pekebun kecil) khususnya daripada sebelah Sabak Bernam Dan Tanjung Karang, meminta kalau dapat kelapa dimasukkan (dijadikan) sebagai komoditi.
"Jadi Lembaga Koko Malaysia akan menjaga koko dan juga kelapa, ini kita akan bawa cadangan ke peringkat atasan untuk kita bincangkan sama ada boleh dipersetujui ataupun tidak dan bagaimana kita boleh melihatnya," katanya kepada media selepas sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di kebun Lee's Cocoa, di Tanjung Sepat, Selangor hari ini.
Sesi tersebut merupakan salah satu daripada pengisian Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 anjuran KPK.
Sesi dialog bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor itu diadakan untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPK
#kelapa
#komiditi negara
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan