awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum putus laksana semula GST, nilai semula kekuatan dan kelemahan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/11/2020
09:06 MYT
Kerajaan belum putus laksana semula GST, nilai semula kekuatan dan kelemahan
Sebarang bentuk cukai kepenggunaan baharu jika diperkenalkan juga perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan. - Foto Fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu menilai kekuatan dan kelemahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum sebarang keputusan dibuat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selepas wujud cadangan daripada pelbagai pihak termasuk pihak industri, ahli akademik dan orang awam supaya cukai tersebut dilaksanakan kembali.
"Kesesuaian melaksanakan GST atau sebarang model cukai kepenggunaan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kekuatan dan kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang serta kekuatan dan kelemahan model GST yang dilaksanakan pada tahun 2014.
"Selain itu, kajian perlu untuk memastikan kesan keseluruhan pelaksanaan cukai-cukai ini ke atas ekonomi, kos sara hidup rakyat serta keupayaan cukai-cukai ini dalam menangani kegiatan ekonomi gelap.
"Sebarang bentuk cukai kepenggunaan baharu jika diperkenalkan juga perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
BACA: COVID-19: Rakyat rayu kerajaan turunkan cukai, wujud peluang pekerjaan sementara
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata adalah menjadi kelaziman untuk Kerajaan mengkaji keberkesanan sistem cukai kepenggunaan seperingkat yang diamalkan di Malaysia pada masa ini iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) berbanding dengan cukai kepenggunaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara lain iaitu dalam bentuk cukai kepenggunaan nilai tambah.
"Saya faham, ada pihak yang beranggapan GST adalah sistem cukai yang lebih efisyen dan pungutan lebih besar berbanding SST yang diperkenalkan Pakatan Harapan dahulu.
"Namun kita perlu halusi dan pihak Kementerian Kewangan telah meneliti tetapi belum mencapai satu keputusan.
"Kerajaan akan memberi tahu apakah hasil kajian nanti dan apakah bentuk percukaian untuk masa hadapan kita.
"Ini perkara penting yang harus kita teliti supaya kita wujudkan satu sistem percukaian yang lebih adil, tidak membebankan, lebih efisien dan dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih baik," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Kementerian Kewangan
#cukai
#GST
#SST
#Belanjawan 2021
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan