KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan tiga hab Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selari dengan agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata penyelarasan CCUS yang dikendalikan oleh kementerian tersebut meliputi aspek dasar, perundingan, alam sekitar, kewangan, keselamatan, perdagangan dan penerimaan awam.
Beliau berkata bagi memastikan pihaknya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh NETR menjelang 2030, antara langkah yang diambil termasuklah penganjuran Persidangan CCUS Malaysia 2023 pada November depan untuk mengumpul maklumat daripada pihak berkepentingan tentang mekanisme, kawal selia dan teknologi bersesuaian serta menanda aras CCUS dengan pelbagai negara.
"Selain itu, sesi libat urus juga diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti kerajaan Sarawak, pemain industri minyak dan gas, serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan input pelaksanaan insentif CCUS dalam negara.
"Pelaksanaan kajian komprehensif juga dilakukan untuk membangunkan satu rangka kawal selia CCUS yang optimum bagi mengawal inisiatif itu di Malaysia secara holistik dan inklusif," katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli mengenai langkah kerajaan dalam memastikan industri baharu seperti CCUS dapat dilaksanakan di Malaysia selari dengan agenda NETR dan NIMP 2030.
Hanifah berkata, perbincangan awal dengan negara luar juga diadakan bagi meneroka peluang kerjasama dalam aktiviti berkaitan gerakan rentas sempadan untuk tujuan penyimpanan kekal karbon dioksida.
"Pelaksanaan CCUS juga akan memerlukan pelaburan yang tinggi dari luar negara memandangkan ia menelan kos yang tinggi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta mengenai modal yang diperlukan untuk membangunkan tiga hab berkenaan menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Hanifah Hajar berkata penyelarasan CCUS yang dikendalikan oleh kementerian tersebut meliputi aspek dasar, perundingan, alam sekitar, kewangan, keselamatan, perdagangan dan penerimaan awam.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kerajaan komited pastikan pelaksanaan hab CCUS selari dengan NETR dan NIMP 2030
Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan tiga hab Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selari dengan agenda NETR dan NIMP 2030.
Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024 diadakan Julai ini
Sidang kemuncak selama dua hari anjuran Kementerian Ekonomi dan Pusat SDG Negara selaku penganjur bersama itu akan dihadiri Perdana Menteri.
Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
PADU: Kenyataan Abdul Karim pendapat peribadi - Rafizi
Rafizi sifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai pendapat peribadi.
Perjanjian bersama JS-SEZ akan dimeterai pada akhir tahun ini
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini, menurut Kementerian Ekonomi.
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.
Tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal akan terus jadi keutamaan kerajaan
Kerajaan peruntukkan RM100 juta untuk geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Perkeso.