awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lanjut pengecualian cukai pengurusan dana pelaburan mampan - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2023
13:46 MYT
Kerajaan lanjut pengecualian cukai pengurusan dana pelaburan mampan - PM Anwar
Kata Anwar, kerajaan akan memastikan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 kekal relevan dengan keperluan semasa industri huluan minyak dan gas, di samping meningkatkan minat pelabur asing. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pengecualian cukai kepada syarikat pengurusan dana yang menguruskan dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) serta potongan cukai ke atas kos penerbitan sukuk SRI sehingga tahun taksiran 2027.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mencadangkan potongan cukai tambahan sehingga RM300,000 diberikan kepada syarikat yang membuat perbelanjaan ke atas pengukuran, pelaporan dan pengesahan (MRV) berkaitan pembangunan projek karbon untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan syarikat menyertai pasaran karbon sukarela.
"Perbelanjaan ini boleh ditolak daripada pendapatan penjualan kredit karbon yang didagangkan di Bursa Carbon Exchange (BCX)," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, kerajaan akan memastikan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 kekal relevan dengan keperluan semasa industri huluan minyak dan gas, di samping meningkatkan minat pelabur asing.
"Jawatankuasa Semakan Semula Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 yang dianggotai Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Petronas sedang mengkaji dan merangka insentif cukai bagi projek pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) dan hidrogen sulfida," kata Anwar.
Menurutnya, kajian ini akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#projek karbon
#Belanjawan 2024
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan