awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus program bantu perniagaan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2013
06:32 MYT
Kerajaan lulus program bantu perniagaan
Kerajaan meluluskan program baru untuk membina upaya syarikat sederhana besar meningkatkan produktiviti, kecekapan pengurusan dan penembusan pasaran luar negara.
Sebanyak RM210 juta telah diperuntukkan bagi program lapan tahun itu yang akan dibiaya menerusi kaedah perkongsian awam swasta.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad, program berkenaan akan bermula tahun ini.
Syarikat sederhana besar memilik pendapatan diantara RM25 juta hingga RM500 juta setahun.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ET-P) negara dan akan meliputi semua sektor, khususnya sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Bagi peringkat permulaan 50 syarikat akan dikenal pasti dan jumlah berkenaan akan ditambah secara berperingkat-peringkat sehingga program berakhir pada 2020.
Mustapa ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Perdana 2013 melibatkan MITI dan agensi berkaitan.
Terdahulu Mustapa dalam ucapannya berkata penyedia perkhidmatan tempatan digalakkan menyusun strategi perniagaan yang lebih kreatif dan inovatif supaya mampu meningkatkan produktiviti syarikat.
Ia bagi berdepan kesan peningkatan kos operasi hasil penetapan gaji minimum dan faktor lain.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamad
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan