awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu

Bernama
Bernama
02/04/2024
00:10 MYT
Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Tengku Zafrul menyampaikan ucapan perasmian pada Program Ihya Ramadan MITI Bersama Anak-Anak Yatim anjuran Mamee Double-Decker di Subang Jaya, semalam. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu syarikat Malaysia meneroka pasaran baharu menerusi perjanjian perdagangan bebas (FTA), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata syarikat perlu mencari pasaran baharu untuk pertumbuhan perniagaan, dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu.
"Kita juga sedang melihat kepada EU dan kita mahu memulakan perbincangan mengenai FTA EU-Malaysia. Saya berharap FTA ini akan membawa sesuatu.
"Dalam masa terdekat (kita juga akan) menyambung semula (rundingan FTA) dengan Korea Selatan dan saya berharap syarikat mesti memanfaatkan FTA ini," katanya pada program Ihya Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd di sini, semalam.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata industri halal merupakan bahagian penting dalam tumpuan MITI melalui Halal Development Corporation (HDC).
Justeru, beliau mahu syarikat yang berkecimpung dalam industri itu supaya tidak keberatan untuk bekerjasama rapat dengan HDC dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang ini.
"Kita baru sahaja menetapkan pelan hala tuju HDC untuk pembangunan halal. Sasaran untuk pasaran halal global bernilai US$5 trilion dan kita mahu memastikan kita menguasainya kerana Malaysia berada pada kedudukan yang baik (untuk menguasai bahagian pasaran itu)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#HTA
#syarikat Malaysia
#pasaran baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan