awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PH hilang fokus, ahli perniagaan hilang keyakinan - Ameer Ali Mydin

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/09/2019
00:37 MYT
Kerajaan PH hilang fokus, ahli perniagaan hilang keyakinan - Ameer Ali Mydin
AMEER ALI: Sekarang, tahap keyakinan terhadap kerajaan turun. Ini akan memberikan kesan terhadap perniagaan kami, terutamanya kepada bisnes Melayu. - Astro AWANI
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa hilang fokus dan tiada perancangan ekonomi jelas. Ia merupakan punca utama yang menyebabkan ahli perniagaan hilang keyakinan, kata Datuk Wira Ameer Ali Mydin.
Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) itu, semua kementerian dalam kerajaan perlu bekerjasama bagi menaikkan mutu kehidupan rakyat dan bukannya memberi fokus kepada isu-isu remeh.
“Ada menteri yang sibuk mengusahakan kereta terbang tetapi di mana hendak terbangkannya? Tidak tahu.
“Seorang lagi menteri yang sibuk membuat pelaksanaan pemakaian kasut hitam dan saya juga dengar seorang lagi menteri yang mengisytiharkan Jumaat sebagai hari penggunaan Jawi.
"Adakah ini fokus kerajaan?" soal Ameer Ali dalam Wacana Sinar Harian ke-125 bertajuk ‘Di mana bisnes Melayu dalam era PH’ yang berlangsung pada Jumaat.
“Terdapat juga kementerian yang saran supaya tidak mengambil pekerja warga asing tetapi hendak mengambil pekerja dari mana? Tidak tahu. Semua polisi maya," tambahnya.
BACA JUGA: Mydin keluarkan produk 'bebas minyak sawit' dari rak jualannya
Katanya, para peniaga berasa tidak yakin menerokai bidang baharu dalam era pemerintahan PH ini kerana bimbang tidak mendapat sambutan daripada pengguna.
“Dalam dunia perniagaan, tahap keyakinan terhadap kerajaan adalah amat penting.
“Sekarang, tahap keyakinan terhadap kerajaan turun. Ini akan memberikan kesan terhadap perniagaan kami, terutamanya kepada bisnes Melayu.
“Jika tahap keyakinan itu tinggi, maka pengguna juga akan lebih yakin dan lebih selesa untuk berbelanja. Sekarang, rata-rata pengguna takut berbelanja, kerana tidak pasti apa yang akan berlaku pada keesokan hari. Oleh itu mereka berjimat sahaja,” katanya.
Beliau menasihati menteri-menteri agar memberi fokus kepada isu pembangunan negara dari segi ekonomi dan bukannya ghairah berpolitikus.
Topic Berkaitan
#Ameer Ali Mydin
#berjimat
#berpolitikus
#bisnes Melayu
#ekonomi
#fokus kerajaan
#hilang fokus
#hilang keyakinan
#Pakatan Harapan
#pembangunan negara
#pengguna takut berbelanja
#peniaga
#perancangan ekonomi
#PH
#tahap keyakinan
#Wacana Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan