KUALA LUMPUR: Kerajaan secara keseluruhannya telah menyalurkan sebanyak RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2,953,741 pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.
Katanya dengan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Bajet 2022, kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan pelaksanaan PSU bersasar kepada pengusaha pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah jualan atau pendapatan pada Oktober 2021 hingga Disember 2021 berbanding mana-mana bulan pada 2019 hingga 2021 sebelum pandemik COVID-19.
"Permohonan telah dibuka sejak 1 Jan 2022 hingga 31 Mac 2022 namun majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai tetapi masih terjejas akibat COVID-19 masih boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian kepada PERKESO," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-84 yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sip-bajet-2022.html.
Bagi PSU 4.0, Tengku Zafrul berkata setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM2.270 bilion telah disalurkan kepada 146,519 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1,755,737 pekerja.
Katanya kerajaan melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja.
"Had gaji RM4,000 juga telah dilonggarkan yang membolehkan majikan memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih daripada RM4,000," katanya.
Mengenai Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), katanya jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM12.59 bilion yang akan memberi manfaat kepada 26,379 PKS.
Katanya jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Pendigitalan (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Agromakanan (AF).
Tengku Zafrul berkata walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.
Katanya PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME di pautan https://imsme.com.my/portal/bm/ yang boleh membantu dalam membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022
Bagi PSU 4.0, Tengku Zafrul berkata setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM2.270 bilion telah disalurkan kepada 146,519 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1,755,737 pekerja. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.