awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
21/10/2024
05:15 MYT
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, gaji median bagi sektor perkilangan turut meningkat 8.2 peratus atau sebanyak RM201 setakat suku pertama 2024 tahun ke tahun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata berlandaskan NIMP 2030 yang dilancarkan pada 1 Sept, 2023, nilai tambah sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 4.7 peratus iaitu sebanyak RM4.2 bilion dan angka pekerjaan meningkat 0.9 peratus atau 200,000 pekerja setakat suku kedua 2024 berbanding suku yang sama 2023.
Gaji median bagi sektor perkilangan turut meningkat 8.2 peratus atau sebanyak RM201 setakat suku pertama 2024 tahun ke tahun, katanya.
"Hampir semua petunjuk prestasi utama (KPI) telah mencapai sasaran untuk 2024. Masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat dan kita masih ada lagi lima tahun tetapi masa pun semakin singkat dan ekonomi pun semakin mencabar," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Laporan MITI bagi suku ketiga 2024 di sini, pada Isnin.
Mengikut NIMP 2030, MITI menyasarkan nilai tambah sektor pembuatan sebanyak RM587.5 bilion, pewujudan 3.3 juta peluang pekerjaan dan peningkatan gaji median kepada RM4,510 menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NIMP 2030
#Tengku Zafrul
#kenaikan gaji
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan